Era Mike Ashley di Newcastle United bakal berakhir tidak lama lagi. Mike Ashley memiliki Newcastle United sejak 2017.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini beliau semakin dibenci oleh penyokong kerana banyak polisi pentadbirannya yang tidak memuaskan hati.

Telegraph melaporkan bahawa, pengambilalihan diketuai oleh Amanda Staveley daripada Mike Ashley sudah dipersetujui.

Dan kini, mereka menunggu pengesahan daripada pihak Premier League. Kertas kerja dan kertas kontrak juga sudah disiapkan untuk dibentangkan kepada Premier League.

Staveley mengetuai bidaan yang turut melibatkan pelabur utama dari Arab Saudi – Saudi Arabia Public Investment Fund – dan juga Reuben Brothers.

Pihak Arab Saudi akan memiliki 80% daripada keseluruhan saham di Newcastle. Manakala 20% lagi dibahagi dia di antara PCP Capital Partners (milik Amanda Staveley) dan Ruben Brothers.

Nilai pembelian kelab Newcastle dilaporkan sekitar £300 juta. BBC mengesahkan bahawa pertukaran pemilikan itu sangat hampir.

Harga tersebut adalah £40 juta lagi rendah daripada tanda harga diletakkan Mike Ashley sebelum ini.

Beliau sanggup menjual kelab dengan nilai lebih rendah kerana krisis kewangan yang dihadapi ketika koronavirus. Lalu beliau bersetuju menjual kelab dengan £300 juta sahaja.

Namun BBC masih gagal mendapatkan komen daripada Amanda Staveley mahupun pihak Newcastle United.

Pada 2018, PCP pernah membida £250 juta untuk mendapatkan Newcastle United, namun ianya gagal kerana Mike Ashley meletakkan harga yang lebih tinggi iaitu £350 juta.

Baca juga perkembangan lain bola sepak Eropah:

Neville Anggap Perpindahan Kane Menepati Tradisi Man United

Barca Nak Saman Bekas Naib Presiden Yang Tuduh Ada Tangan Ghaib Songlap Wang

Hazard Cuba Kurangkan Makan Roti Ketika Lockdown