Siapa sangka seorang pengadil bola sepak wanita kini sedang bertugas sebagai jururawat untuk membantu menyelamatkan pesakit wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Beliau ialah Iragartze Fernandez yang merupakan pengadil separuh masa untuk La Liga Iberdrola iaitu liga divisyen 1 dalam bola sepak wanita di Sepanyol dan Segunda B, liga divisyen 3 bola sepak lelaki.

Jururawat berusia 26 tahun itu telah bekerja selama 5 tahun di sebuah hospital di Bilbao dan merupakan salah seorang daripada ‘frontliners’ yang berdepan risiko dijangkiti wabak pandemik itu setiap hari.

“Apabila pesakit tiba dengan penyakit batuk dan demam, kerja saya ialah analisis simptom mereka sambil memakai peralatan pelindungan penuh.

“Risiko untuk dijangkiti memang tinggi kerana kami berada betul-betul dekat dengannya. Ia merupakan pengalaman yang cukup menakutkan kerana anda sedang melawan sesuatu yang tidak dapat dilihat,” katanya kepada AFP.

b18c784df63dcff7307b0d6e11c215ff867a52c0
(AFP Photo/FAMILY HANDOUT)

Sepanyol kini merupakan negara kedua di dunia yang paling banyak mencatat kematian COVID-19 selain Itali dengan lebih 4000 kes sentiasa meningkat setiap hari.

Bergelar seorang pengadil dan anggota perubatan bukan satu perkara yang mudah bagi Iragartze apatah lagi pada saat getir ini selain turut mengakui cabaran di hospital lebih sukar berbanding di padang bola sepak.

“Saya bukan ‘superwoman’ atau sesuatu yang sepertinya. Saya hanya buat kerja saya seperti semua orang.

“Mungkin dalam bola sepak, saya mahir berdepan pemain yang degil. Tetapi sebagai jururawat, saya perlu berdepan dengan karenah orang awam yang tidak mahu beratur atau mahu menjadi orang yang pertama diperiksa kerana mereka fikir keadaan kesihatan mereka lebih serius daripada orang lain,” jelasnya .

Bagaimanapun, beliau juga mengakui rindu dengan sukan bola sepak selepas saingan Liga Sepanyol ditangguhkan sejak bulan lepas.

“Bersukan merupakan aktiviti kegemaran saya. Bila saya pulang ke rumah, saya hanya menonton TV dan tidak melakukan apa-apa lagi.  Hanya satu perkara yang membuatkan saya rasa lebih tenang ialah sukan. Ia membantu saya melupakan semua masalah yang berlaku,” tambahnya lagi.

Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia yang telah disediakan melalui pautan dibawah. 

Bekas Presiden Olympique Marseille Meninggal Dunia Kerana Dijangkiti COVID-19

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”

Pemain Vietnam Ini Dedahkan Punca 6 Pemain Skuad AFC U23 2018 Mengalami Kecederaan Ligamen Serius

Sumber