Arsenal nampaknya menikmati hari yang kurang enak dengan pengadil. Mereka dinafikan handball pertama yang jelas sekali memang handball Erik Pieters. Pengadil dan VAR menyemak dan menyatakan ianya bukan penalti.

Tidak lama selepas itu, pengadil memberikan kad merah dan penalti. Erik Pieters sekali lagi terlibat dalam insiden kali ini. Namun selepas beberapa minit mendapatkan penjelasan VAR, pengadil membatalkan kad merah dan menarik semula penalti tersebut.

Arsenal memulakan perlawanan ini dengan sangat baik. Di mana kapten mereka, Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan The Gunners di hadapan seawal minit ke-6. Di mana Aubameyang melakukan beberpa step over dan kemudian merembat ke near post.

Selepas itu Aubameyang memiliki peluang keemasan namun beliau gagal menyudahkannya.

Pada minit ke-22, Bukayo Saka memiliki peluang untuk menambah gol. Malangnya rembatan beliau tersasar.

Sebaliknya Burnley menyamakan kedudukan pada minit ke-32. Berpunca daripada kesilapan Xhaka. Pemain Arsenal tersebut cuba menghantar bola ke kanan dengan adanya pemain lawan di sana. Bola Xhaka terkena pada Wood dan terus masuk.

https://twitter.com/i/status/1368189198751109133

Pada separuh masa kedua, Arteta melakukan beberapa pertukaran untuk mencari 3 mata.

Arteta memasukkan Lacazette dan Nicolas Pepe untuk menambahkan sengat di barisan serangan mereka.

Burnley memiliki peluang terbaik pada separuh masa kedua, namun Bernd Leno melakukan 2 saves untuk menafikan peluang mereka.

Pada minit ke-74, Pepe meminta penalti daripada pengadil kerana jelas Pieters handball namun tidak diberikan.

Kemudian pengadil memberikan kad merah kepada Pieters selepas merasakan pemain itu menghadang percubaan Pepe dengan tangannya. VAR menyatakan sebaliknya, dan kad merah ditarik balik, penalti tak diberikan.

Pepe sebelum itu memiliki peluang keemasan hasil hantaran Tierney, namun percubaan beliau hanyalah kilas dan menyepak angin.

Pada minit akhir perlawanan, Arsenal memiliki beberapa peluang gol, tetapi pertahanan Burnley melakukan hadangan dan tiang gol menjadi penghalang.

Tamat perlawanan, Burnley 1 Arsenal 1. Arsenal juga pastinya kecewa kerana selain daripada dinafikan penalti, mereka juga mempersia siakan beberapa peluang gol terbaik.

Baca juga perkembangan lain

FIFA Pertimbang Wenger’s Law Untuk Perbaiki Peraturan Ofsaid

Bayern Mahukan Haaland

EPL: Mount Tambah Derita Liverpool, 5 Kekalahan Berturut Turut Di Anfield