Dalam usaha Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk memberikan lebih pengalaman antarabangsa kepada pengadil-pengadil tempatan, beberapa pegawai perlawanan telah dilantik untuk dihantar bertugas pada dua kejohanan bola sepak dan futsal sepanjang Disember 2019 ini.

Pengadil FIFA, Mohd Amirul Izwan Yaacob dan Penolong Pengadil FIFA, Mohd Yusri Muhamad telah menerima jemputan daripada Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (EAFF) untuk bertugas mengadili perlawanan kategori lelaki Pusingan Akhir Kejuaraan Bola Sepak EAFF E-1 2019 di Busan, Republik Korea yang membabitkan penyertaan empat pasukan terbaik Asia Timur iaitu tuan rumah Republik Korea, Jepun, China dan Hong Kong.

Ahli Jawatankuasa Pengadil FAM, Widiya Habibah Shamsuri pula akan bertugas sebagai Penilai Pengadil bagi perlawanan kategori wanita dalam kejohanan tersebut yang membabitkan empat pasukan iaitu tuan rumah Republik Korea, Jepun, China dan Chinese Taipei.

Pusingan Akhir Kejuaraan Bola Sepak EAFF E-1 2019 itu akan berlangsung dari 10 hingga 18 Disember 2019.

Sementara itu, pengadil futsal, Helday Idang pula telah menerima jemputan daripada Persatuan Bolasepak Thailand (FAT) untuk dilantik bertugas pada Kejohanan Futsal Antarabangsa PTT Thailand Five 2019 yang akan berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand dari 11 hingga 15 Disember 2019.

Sudah tentu pelantikan pegawai-pegawai perlawanan di atas membuktikan pengadil dari Malaysia memiliki kualiti dan kredibiliti di peringkat antarabangsa dan diharap mereka dapat menjalankan tugasan masing-masing dengan sempurna.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Kelab Muangthong United Akui Terima Banyak Tawaran Untuk Bawa Teerasil Dangda Kembali Ke J.League

Penjaga Gol Muangthong United Curi Tumpuan Kelab Asia Dan Eropah, Nilai Perpindahan Semasa Sekitar RM5 Juta

Yokohama FC Layak Ke J1 League 2020, Kazuyoshi Miura Bakal Cipta Rekod Sebagai Pemain Paling Tua