Awal pagi nanti, skuad kebangsaan Malaysia akan kemabli meneruskan baki perlawanan pusing ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022 berdepan pasukan UAE pada jam 12.45 pagi yang sememangnya dinantikan oleh semua penyokong Harimau Malaya.

Menurut satu kemaskini yang dibuat oleh sebuah portal sukan AD Sports TV, pengadil yang akan mengendalikan perlawanan UAE dan Malaysia itu nanti adalah Kim Dae-yong dari Korea Selatan.

Mungkin nama Kim Dae-yong tidak ‘dikenali’ oleh majoriti penyokong Harimau Malaya, tetapi beliau pernah menjadi sasaran penyokong skuad Vietnam ketika perlawanan penentuan pingat gangsa berdepan UAE dalam saingan Sukan Asia 2018 yang lalu.

Kontroversi yang berlaku bukan sahaja mengundang kemarahan penyokong Vietnam malahan turut menyebabkan ribuan peminat bola sepak Korea Selatan mengusulkan supaya Kim Dae-yong diharamkan dari mengadili perlawanan lain.

Berdasarkan tinjauan, dalam perlawanan tersebut Kim Dae-yong telah tidak memberikan keputusan yang tepat kepada pasukan Vietnam dimana keputusan-keputusan itu mampu menghadiahkan sepakan penalti serta berkemungkinan besar mengubah keputusan perlawanan penentuan tempat ke-3 acara bola sepak Sukan Asia 2018 itu.

vnakim_daeyong

Pasukan Vietnam tumpas 3-4 pada penentuan sepakan penalti apabila terikat seri 1-1 tamat 90 minit masa penuh perlawanan.

Diharapkan semoga tiada keputusan-keputusan ‘pelik’ dibuat oleh Kim Dae-yong dalam perlawanan UAE bertemu Malaysia awal pagi nanti.

Teruskan membaca artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

RASMI: FAM Umumkan Dion Cools Pemain Kacukan Terkini Sertai Kem Harimau Malaya Di UAE

RASMI: Juara Kumpulan Tidak Terjejas, FIFA Umum Mekanisme Penentuan Naib Juara Kumpulan

TERKINI: Dang Van Lam Tidak Akan Ke UAE, Park Hang-seo ‘Kalut’ Cari Pengganti Yang Setara

Sumber