Prestasi 3 pegawai perlawanan dalam perlawanan akhir Shopee Piala FA 2019 yang berlangsung semalam terutamanya pengadil, Takuto Okabe telah mendapat pujian daripada ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Ishak.

Aidil Sharin dalam sidang media sejurus tamat perlawanan tersebut dengan jelas menyatakan prestasi Takuto Okabe sangat tinggi dan berkualiti tinggi.

“Saya fikir Takuto Okabe sangat adil dan sangat tegas dalam membuat keputusan.

“Saya menganggap beliau telah melakukan kerja yang sangat baik sepanjang 120 minit di mana ada beberapa situasi beliau tidak meniupkan wisel dan meneruskan permainan.

pengadil Jepun

“Ia adalah bagus untuk kelancaran dan momentum permainan final pada malam ini (semalam) dan kesemua berpuas hati melihat apa yang berlaku,”

Ketua pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar juga turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Aidil Sharin sambil memberitahu.

“Saya mahu memuji prestasi pengadil malam ini (semalam) kerana beliau begitu pandai mengendalikan perlawanan.

67648417_2636760103023117_4309548533876260864_o

“Apa yang pasti, pemain-pemain Kedah dan Perak sedikit sebanyak dapat mempelajari sesuatu daripara beliau,” katanya.

Namun begitu, ketua jurulatih Perak FA, Mehmet Durakovic memberikan komen yang berbeza serta tidak senada dengan apa yang dikatakan oleh rakan sejawatnya dari Kedah FA.

EAc24i3UcAIYv_x

“Pengadil adalah pengadil. Mereka menjalankan tugas mereka tidak kira samada dari Malaysia ataupun Jepun.”

“Kita perlu menerima apa saja keputusan yang dibuat dan teruskan permainan. Tiada apa yang berbeza bagi saya.”

Syamsul Saad yang juga kapten pasukan Perak FA turut menambah bahawa, peluang seperti itu sepatutnya diberikan kepada pengadil tempatan kerana mampu menambahkan pengalaman mengendalikan perlawanan terutama dalam perlawanan besar seperti Final Shopee Piala FA 2019 ini.

EAac5gJUwAAWqv3

“Bagi saya, sama seperti coach cakap pengadil sama sahaja. Tapi saya lagi suka jika pengadil dari Malaysia kerana ini adalah final, penuh dengan penonton. Jadi pengadil kita akan dapat pengalaman yang bagus jika beraksi.”

Tinjauan di platform sosial media juga mendapati ramai para penyokong yang menghamburkan pujian kepada prestasi pengadilan yang ditunjukkan oleh pengadil Jepun dan 2 pembantunya itu.

Jika berminat untuk memahami bagaimana struktur piramid pengadil Jepun dengan lebih lanjut, sila baca artikel Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Struktur Piramid Pengadil Bola Sepak Jepun.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group