Penetapan gaji siling dalam kalangan pemain pasukan Liga Malaysia dilihat boleh menjejaskan kualiti liga selain berhadapan dengan masalah untuk menarik minat pemain terbaik beraksi di negara ini.

Perkara ini diutarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Dato’Ab Ghani Hassan dimana beliau turut berpendapat penetapan gaji siling untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji bukan kaedah yang sesuai.

Gaji Siling
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Tidak sesuai untuk letakkan penetapan gaji siling (salary cap) kerana ini perniagaan terbuka. Kalau kita lakukan, saya rasa pemain terbaik pun pergi ke negara lain. Liga kita pun akan jatuh selain pandangan tidak baik daripada pihak luar.

“Apa yang saya harapkan adalah pasukan perlu bijak mengikut bajet dan gaji. Belanjakan dengan apa yang mereka ada dan jangan melebihi bajet untuk mengelak daripada gagal membayar gaji,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Baru-baru ini, pasukan Perak dikhabarkan menghadapi masalah untuk membayar gaji pemain dimana mereka sudah dua bulan tidak mendapat bayaran gaji.

Masalah gaji merupakan perkara yang sudah sinonim dengan saingan Liga Malaysia dimana ianya terjadi pada setiap musim, selain pasukan sama yang menghadapi masalah tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

UiTM FC Rehatkan Frank Bernhardt Menjelang Aksi Menentang Melaka United

3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihan

Peningkatan Kes Paksa Penyokong Kelantan Terus Menunggu