Kelab bola sepak Kerteh FC hari ini telah membentangkan laporan kewangan pasukan untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2019 melalui laman sosial rasmi Facebook dan juga Twitter mereka.

Ringkasan kewangan Kerteh FC bagi tahun 2019 adalah seperti berikut;

Seperti kebiasaan yang dilakukan oleh pengurusan kelab Kerteh FC, mereka menggunakan pendekatan mengamalkan pendapatan kewangan berkonsepkan 3P iaitu Perniagaan (Business), Pelaburan (Investment) dan Penajaan (Sponsorship).

Perolehan (Turnover) Kerteh FC 2019

Berdasarkan penerangan dari ringkasan kewangan 2019, perolehan Kerteh FC adalah dari 3 punca utama seperti dibawah mengikut peratusan;

  • Perniagaan (Business): 62%
  • Penajaan (Sponsorship): 35%
  • Pelaburan (Investment): 3%

EVElpbQU4AA5JFa

Perniagaan (Business) Kerteh FC 2019

Pihak pengurusan kelab Kerteh FC tidak duduk diam dan mereka menjalankan pelbaga perniagaan untuk meneruskan operasi kelab yang tidak terhad kepada industri sukan sahaja seperti dibawah;

  • Liga: 11%
  • Soccer School: 18%
  • Pengiklanan: 11%
  • Barangan Kelab: 4%
  • Siaran Langsung: 3%
  • O&G Service & Trading: 53%

92044420_1020905428310501_7839043303566737408_o

Kelab menjalankan perniagaan didalam sektor Minyak & Gas seperti Manpower Supply dan Equipment Rental dimana ianya masih menjadi sumber utama pendapatan kelab iaitu sebanyak 53% dari keseluruhan pendapatan dari sumber Perniagaan (Business).

Manakala sebanyak 47% lagi disumbangkan dari sumber pendapatan yang berkaitan dengan bolasepak seperti penganjuran liga, soccer school, pengiklanan, barangan kelab dan hak penyiaran melalui “Live Streaming” di platform BalrzTV seperti perlawanan akhir Kemaman Champion League 2019 serta perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan Kerteh FC.

Perbelanjaan (Expenditures) Kerteh FC 2019

Untuk perbelanjaan pula, ia telah dipecahkan kepada 7 bahagian utama dan hampir suku dari peratusan perbelanjaan adalah untuk elaun dan upah 24% dan diikuti oleh perbelanjaan minyak & gas sebanyak 22%.

Berikut adalah peratusan perbelanjaan yang dibuat sepanjang tahun 2019.

  • Liga: 18%
  • Elaun dan Upah: 24%
  • Program Pembangunan: 6%
  • Media & Promosi: 8%
  • Peralatan Latihan: 4%
  • Perbelanjaan Minyak & Gas: 22%
  • Lain-lain: 18%

EVElpbQU4AA5JFa

Penyertaan kali pertama Kerteh FC di kejohanan Terengganu Amateur League bagi tahun 2019 menjadi penyumbang utama kepada peningkatan perbelanjaan (expenditures) sebanyak 164.8% dari tahun sebelumnya.

Namun, kelab juga telah mencatat peningkatan pendapatan dalam tempoh 12 bulan sehingga Dec 2019 sebanyak 232.8% berbanding tahun sebelumnya.

Kelab telah mencatatkan keuntungan sebanyak 24.1% bagi tahun berakhir Dec 2019.

Kelestarian Kewangan Kelab Kerteh FC

Pihak kelab menjalankan operasi organisasi dengan tidak hanya bergantung kepada satu punca sumber pendapatan tetapi dengan mempelbagaikan sumber pendapatan bagi kelab.

Selain itu, amalan pengagihan bajet belanjawan mengikut keberhasilan dan kemampuan kewangan kelab juga dititik beratkan serta meneruskan budaya dan perbelanjaan berhemah untuk melicinkan operasi kelab secara keseluruhannya.

Ini adalah contoh terbaik bagaimana sebuah kelab atau pasukan bola sepak sepatutunya diuruskan dengan penuh ketelusan terutama berkaitan prestasi kewangan pasukan.

Semoga Kerteh FC terus maju dan menjadi role model kepada kelab lain dimasa hadapan.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

3 Bulan Dalam Saingan Thai League 1, Bekas Pengurus Kashima Antlers Ceritakan Perbezaan Dengan J.League

Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?

Bapa Chanathip Songkrasin Dedahkan ‘Kitab’ Asas Bola Sepak Anaknya, Fans Manchester United Rupanya

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group