Mungkin ramai tahu bahawa kelab-kelab J1 League kebanyakannya berjaya meraih keuntungan pada setiap tahun berdasarkan laporan kewangan yang dikeluarkan secara rasmi oleh kelab dan juga pengajur liga domestik negara itu.

Pastinya dari sudut ketelusan itu amat wajar dan boleh dipuji, dan apa yang baik mungkin boleh kita ambil sebagai contoh untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian.

Kami ada meneliti laporan kewangan pada musim 2019 untuk semua 18 buah kelab J1 League, dan mereka telah memecahkan pendapatan mereka kepada 6 kategori utama seperti dibawah;

  • Sponsorship
  • Gate Collection
  • Distribution Money
  • Academy Related
  • Merchandise
  • Others

Untuk melihat secara lebih umum, kami telah mengambil angka-angka secara purata bagi setiap kategori diatas bagi 18 buah kelan J1 League yang bersaing pada musim 2019, dimana secara keseluruhannya semua kelab telah berjaya mengumpulan pendapatan berjumlah JPY89,116,000,000 atau RM3.48 bilion!

Mengikut data yang dikeluarkan, Sponsorship merupakan penyumbang terbesar kepada semua kelab J1 dengan nilai JPY39,832,000,000 atau RM1.55 bilion yang juga merupakan 44.70% dari semua jenis pendapatan.

Berikut adalah data rasmi pendapatan dan peratusan secara purata bagi 18 buah kelab J1 League untuk musim 2019;

  • Sponsorship: JPY39,832,000,000 / RM1.55 bilion (44.70%)
  • Gate Collection: JPY16,672,000,000 / RM651 juta (18.71%)
  • Distribution Money: JPY9,439,000,000 / RM368 juta (10.59%)
  • Academy Related: JPY2,936,000,000 / RM114.6 juta (3.29%)
  • Merchandise: JPY7,851,000,000 / RM306.5 juta (8.81%)
  • Others: JPY12,386,000,000 / RM483.6 juta (13.9%)

Kebanyakan dari peminat bola di Malaysia juga tahu kelab-kelab ini mempunyai pelbagai jenis merchandise atau barangan rasmi kelab yang dikeluarkan dan ada diantaranya unik mengikut pasaran dan budaya mereka disana.

Mungkin dari segi nilai iaitu RM306.5 juta nampak seperti angka yang besar tetapi ia hanya menyumbang 8.81% sahaja kepada pendapatan kelab.

Maklumat seperti ini sepatutnya menjadi bahan kajian untuk kelab kita – selain mengambil data dari negara-negara lain juga, untuk melihat apakah impak yang akan diterima oleh kelab dari pendapatan  kategori ini.

Apa yang jelas disini, merchandise memang memberikan sumbangan tetapi dalam konteks J.League ia hanya memberikan 8.81% sahaja dan ini menunjukkan bahawa kelab perlu juga memberikan fokus atau menyusun keutamaan kepada faktor lain yang mampu membawa duit yang lebih banyak.

Ada Untung Ke Kelab Jepun Sebenarnya?

Melihat kepada laporan yang dikeluarkan, kelab-kelab J1 League mencatatkan kerugian berjumlah JPY2,070,000,000 atau RM80 juta selepas ditolak semua cukai berkaitan.

Secara puratanya pula, setiap kelab merekodkan kerugian selepas cukai bernilai RM4.53 juta untuk musim 2019 dan faktor ini sebenarnya didorong oleh 7 buah kelab yang mencatatkan kerugian dan Sagan Tosu berada dalam keadaan paling teruk – rugi JPY2.014 bilion atau RM78.6 juta!

11 buah kelab lagi merekodkan keuntungan dimana Kawasaki Frontale adalah kelab yang berjaya muncul sebagai pasukan paling untung 2019 selepas menerima pendapatan bersih JPY562,000,000 atau RM21.94 juta.

Beginilah realiti dari sudut kewangan 18 buah kelab J1 League sebenarnya.

Teruskan membaca 3 artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.

Ranking Top 10 Kasut Bola Yang Dipakai Oleh Pemain Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tinggi Seluruh Jepun 2020

Kelab Kemboja Ini Berjaya Raih ‘Sumbangan’ Lebih RM100,000 Dalam Tempoh Kurang 10 Hari

“Persepsi Mereka Tengok Aku Datang Sebab Publisiti, Bola Pun Orang Tak Nak Pass.” – Hidetoshi Nakata