Pasukan Penang kehilangan khidmat pemain import, Endrick Dos Santos bagi menghadapi Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi separuh akhir Piala FA malam ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly dimana selain Endrick, Penang juga tidak dapat menggunakan khidmat Khairul Akmal Rokisham.

Endrick dikhabarkan masih dibelenggu kecederaan lutut kiri manakala Akmal mengalami kecederaan pangkal paha sekaligus tidak dapat diturunkan.

Ini bukan kali pertama Endrick Dos Santos tidak dapat diturunkan apabila Penang akan turun menentang JDT dimana baru-baru ini, ketua pasukan itu diberi cuti sehingga 31 Julai ekoran prestasi buruk ketika perlawanan menentang Selangor dimana mereka tewas 0-2 dalam saingan Liga Super.

Di atas kertas sememangnya JDT menjadi pilihan untuk mara ke pentas akhir dimana Penang ketika ini tidak berada dalam prestasi terbaik dan mereka turut menghuni
tangga tercorot dalam carta Liga Super.

Satu lagi aksi separuh akhir akan mempertemukan Selangor yang akan bertandang ke Gong Badak bagi turun menentang pasukan Terengganu.

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) masih belum memutuskan venu untuk perlawanan akhir memandangkan Stadium Nasional Bukit Jalil mungkin tidak dapat digunakan dalam jangka masa terdekat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Azraai Khor Abdullah Gesa Pengurusan Kedah Jumpa Penyokong

Azhad Harraz Tekad Bukti Kemampuan Bantu Skuad B-19 Negara

Piala FA 2022: Nik Sharif Mahu Buktikan Sesuatu Kepada Selangor