Skuad Harimau Kumbang kini berada dalam prestasi terbaik mereka apabila mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 5 perlawanan terakhir dan menghuni kedudukan keempat dalam carta Liga Super dengan 19 mata.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menerusi kenyataan dalam Bernama berkata, pemberian sagu hati RM10,000 kepada pasukan itu setiap kali menenangi perlawanan telah memberi semangat tambahan kepada pemain untuk menampilkan aksi terbaik.

Justeru itu, beliau berharap skuad kendalian Tomas Trucha itu kekalkan momentum kemenangan dan mengakhiri saingan Liga Super musim ini di kedudukan enam teratas.

“Memandangkan ianya kelab baharu, pemain baharu dengan jurulatih baharu, kita melihat mereka dapat bermain sebagai satu pasukan dengan kombinasi yang baik. Kami telah menyediakan sagu hati RM10,000 kepada Penang FC setiap kali pasukan itu memenangi perlawanan sebagai lonjakan motivasi kepada pemain,” katanya.

David Rowley
FOTO: Penang

Meskipun baharu sahaja kembali dinaikkan pangkat beraksi dalam kempen liga paling berprestij tanah air itu, barisan pemain Penang jelas tidak berdepan masalah untuk menjelmakan corak permainan bertenaga.

Ia jelas dibuktikan apabila pasukan itu berjaya menewaskan pasukan besar seperti Sri Pahang (3-0), Perak (2-1) dan Selangor (2-0). Berdasarkan kedudukan semasa, mereka hanya ketinggalan empat mata di belakang juara tujuh musim berturut-turut dan juga pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pertemuan menentang pasukan di tangga kedua, Terengganu pada 1 Mei ini bakal mencuri tumpuan peminat bola sepak tempatan kerana sebarang keputusan perlawanan ini akan menentukan peluang dua pasukan ini untuk mencabar JDT dalam perebutan takhta liga.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Enggan Terus Dibolosi Lewat Permainan, Bojan Mahu KL City Tingkatkan Fokus

Hakimi Abdullah: Masih Terlalu Awal Untuk Berpuas Hati

Penyerang Berbisa Myanmar, Aung Kaung Mann Bakal Sertai Sri Pahang Bulan Depan