Kelab Bola Sepak Penang (Penang FC) menjadi pasukan pertama Liga Super yang memulakan sesi latihan rasmi pada 21 Disember lepas sebagai persiapan menghadapi musim 2022 yang lebih mencabar.

Sesi latihan tersebut turut disertai oleh beberapa muka baharu antaranya Hafizul Hakim, Faiz Subri, Azzizan Nordin, Faiz Mazlan, Hamran Peter dan Aidil Azuan. Beberapa lagi pemain dijangka akan turut bersama pasukan itu pada hari Isnin depan, manakala pemain import dijangka akan pulang ke Pulau Pinang pada awal Januari 2022.

FOTO: Penang FC

Mereka juga mengekalkan khidmat Ketua Jurulatih dari Republic Czech, Tomas Trucha untuk musim depan dan dibantu oleh Manzoor Azwira. Penang turut melantik seorang lagi pembantu jurulatih yang juga bekas pengendali Perak, Chong Yee Fatt.

Manakala pembantu jurulatih pada musim ini, Akmal Rizal Ahmad Rakhli akan menggalas tugas sebagai Ketua Jurulatih skuad Piala Presiden Penang.

“Untuk mengelakkan peninggalan tugas secara serentak, Coach Akmal dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pasukan Piala Presiden manakala Coach Manzoor Azwira dikekalkan sebagai Penolong Jurulatih 1, sebagai persediaan untuk mengambil alih tugas sebagai ketua Jurulatih pada tahun 2023 apabila selesai kursus AFC Pro Diploma dan layak dilantik memegang jawatan sebagai ketua jurulatih Pasukan Liga Super Penang FC bagi musim 2023.

“Susulan perkhabaran awal diterima berhubung kemungkinan dikenakan syarat untuk mempunyai dua orang jurulatih dengan kelayakan lesen AFC Pro Diploma, Penang FC mengambil peluang mengisi kekosongan jawatan penolong jurulatih II dengan melantik Coach Chong Yee Fatt. Pengisian jawatan ini dibuat dengan mengambil kira keperluan Kelab untuk sentiasa memastikan keupayaannya mematuhi apa-apa syarat pelesenan yang ditetapkan,” kata kenyataan rasmi Penang FC.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Tempatan melalui pautan dibawah. 

‘Kante Ganu’ Sah Sertai Kedah Darul Aman

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta

Syafiq Ahmad Akan Dipinjamkan Ke Kelab Lain Untuk Dapatkan Lebih Banyak Minit Permainan

Syazwan Andik Dan Fadhli Shas Sah Sertai Melaka United