Berita baik untuk mana-mana syarikat atau pihak yang mahu menaja pasukan Kelantan dimana mereka akan mendapat pelepasan cukai maksimum sehingga tujuh peratus.

Perkara ini merupakan kata putus daripada perbincangan antara Jawatankuasa Penajaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan baru baru.

Pengerusi Jawatankuasa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata pihaknya akan membantu urusan mana-mana syarikat yang menaja Kelantan mendapatkan pelepasan cukai.

Ahmad Muzakkir Hamid

Sumber Gambar: Utusan

Kata Muzakkir: Bagi syarikat yang ingin menaja atau beri sumbangan, pendapatan berkapita syarikat yang layak boleh tolak cukai hanya tujuh peratus. Selebihnya LHDN tidak akan tolak sekiranya penaja memberi lebih daripada tujuh peratus.

“Contohnya, pendapatan berkapita syarikat RM1 juta, duit penajaan yang layak ditolak oleh LHDN adalah RM70,000 sahaja. Kalau mereka beri lebih daripada jumlah berkenaan, itu hak penaja tapi jumlahnya masih lagi bercukai,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Tambah Muzakkir, jumlah tersebut berbeza dengan cukai individu dan beliau berharap kaedah ini dapat menarik minat ramai pihak untuk membantu membangunkan semula bola sepak Kelantan.

“Berbeza dengan cukai individu, jika individu berpendapatan tahunan RM200,000 dan mereka beri tajaan RM50,000, pendapatan yang boleh istihar adalah RM150,000 sahaja,” tambahnya.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group