Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jack Grealish sempat melayan beberapa orang peminat Aston Villa ketika sesi latihan. Dan beliau dilihat menunjukkan reaksi serba salah ketika salah seorang peminat Villa memberikan amaran agar dia tidak menyertai Manchester City.

Hal ini kerana peminat tersebut berpendapat ianya akan merosakkan kariernya, jika meneruskan perpindahan £100 juta ke Etihad.

Aston Villa dijangka akan menerima bidaan daripada Manchester City, yang akan memecahkan rekod perpindahan pemain Inggeris.

Grealish masih ada kontrak panjang selepas melanjutkan kontrak beliau tahun lalu, untuk tempoh 5 tahun lagi. Tetapi situasi semasa, tawaran City dikatakan £100 juta, menyamaai tanda harga minimum diminta kelab.

jack grealish

Pemain berusia 25 tahun itu menjaringkan enam gol dan mencipta 10 assist dalam 26 aksi EPL musim lalu. Meningkatkan lagi reputasinya ketika bersama skuad kebangsaan.

Grealish dikatakan berminat untuk ke Manchester City bersama sama dengan Harry Kane. Kapten Spurs itu sudah ponteng latihan, dikaitkan dengan minatnya mahu berhijrah.

Sekumpulan peminat Villa menyaksikan Grealish dan rakan rakannya berlatih. Dan salah seorang daripada mereka berkata: “Adakah kamu mahu menyertai kelab yang baru ditubuhkan 10 tahun lalu?” merujuk kepada pengambilalihan City oleh saudagar Arab.

Sheikh Mansour mengambil alih Manchester City pada 2008 dan menyuntik dana yang sangat besar untuk membantu kelab itu menjadi kelab elit eropah.

13 tahun selepas pemilikan Sheikh Mansour, City memenangi banyak piala di era beliau berbanding dengan sejarah berbanding lebih 100 tahun penubuhan kelab sebelum ini.

Di mana Sheikh Mansour sudah melabur £2.5bn. Hasilnya City memenangi beberapa kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan piala domestik.

Kini mereka menumpukan usaha untuk memenangi UCL pertama dalam sejarah kelab mereka.

Lelaki itu kemudian menambah: “City kelab kecil kawan, mereka akan merosakkan karier kamu.”

Grealish hanya terus tersenyum dan tidak memberikan sebarang komen. Dia hanya menjawab soalan sama ada dia ada seplastik pengikat rambut. Baru dia menjawab: “Tak adalah, cuma satu sahaja.”

Pep Guardiola sangat meminati gaya permainan Jack Grealish yang boleh menjadi pemain penting di bahagian sayap mahupun pemain tengah ofensif.

Baca juga artikel lain tentang Grealish

City Sediakan Pakej £100 Juta Untuk Beli Grealish

Manchester City Setuju Terma Peribadi Grealish, Turut Berusaha Dapatkan Kane

Guardiola Mahu Grealish Dan Messi

 

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group