Mason Greenwood menjadi pemain terbaru yang terlibat dalam perdebatan tentang siapa lebih bagus, Cristiano Ronaldo ataupun Lionel Messi.

Dalam satu sesi temubual dengan MUTV, Mason Greenwood ternyata membuatkan peminat Man United hampa apabila memilih Messi berbanding dengan legenda kelab, Cristiano Ronaldo.

Grenwood lahir pada 2001, dan beliau baru dua tahun usianya ketika Man United menandatangani bintang Cristiano Ronaldo yang kemudiannya berkembang menjadi legenda kelab.

Messi menyertai Barcelona selepas itu, dan kemudian kedua dua pemain tersebut telah mencipta perseteruan epik dalam kancah bola sepak.

11 Ballon d’Or di antara mereka, enam milik Messi dan selebihnya milik Ronaldo. Mereka menguasai Ballon d’Or secara duopoli selama lebih sedekad sehinggalah dipecahkan Luka Modric.

Pelbagai rekod dipecahkan dan dicipta membuatkan Messi dan Ronaldo berada dalam perdebatan siapakah lebih bagus dalam era mereka.

Bukan itu sahaja, malah mereka turut dalam perdebatan adakah mereka merupakan pemain terbaik sepanjang zaman dalam sejarah bola sepak.

Dalam sesi temuramah dengan MUTV, Greenwood tanpa berfikir panjang terus menjawab: “Bagi saya, Messi sentiasa yang terbaik. Pada pandangan saya, dia dari planet lain.”

“Apa yang Messi lakukan di Barcelona dengan saiznya, serta memenangi trofi untuk Argentina, itu adalah tahap yang seterusnya.”

“Jelas sekali Ronaldo pemain yang luar biasa, pemain yang fizikal dan atlet yang hebat.”

Kenyataan Greenwood itu membuatkan beliau dikecam oleh segelintir peminat Man United yang kecewa dengan kenyataannya seolah oleh memperlekehkan legenda kelab mereka.

ms

tks

sle

Namun ada juga yang mempertahankan Mason Greenwood. Dan mereka meminta sesiapa yang mengecam Greenwood kerana memilih Messi turut mengecam Wayne Rooney.

Ini selepas Rooney turut memilih Messi sebagai pemain yang lebih bagus daripada Messi.

Baca juga artikel

La Masia Larang Gaya Rambut Pelik Dan Penggunaan Telefon Pintar Ketika Latihan

Aouar Menuju Ke Emirates, Arsenal Sedia Lepasi Angka Ā£100 Juta Dalam Perpindahan Kali Ini

Tuchel Mahu Chelsea Dapatkan Declan Rice Yang Diletakkan Harga Ā£100 Juta Oleh West Ham