Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat Portugal merasakan bahawa, pasukan mereka sebenarnya sudah dirompak daripada ke Piala Dunia secara automatik, sejak beberapa bulan yang lalu.

Di mana dalam pertemuan pertama di antara Portugal dan Serbia, pengadil tidak mengesahkan gol Ronaldo pada minit akhir.

Dalam aksi yang berlangsung pada Mac yang lalu, gol bersih Cristiano Ronaldo yang tidak dikira oleh pengadil.

Dan ianya juga telah membuatkan pembantu pengadil Mario Diks dipecat dari tugasan kelayakan Euro dan juga pusingan akhir nanti.

Mario Diks menimbulkan kontroversi ketika dia bertugas sebagai penolong pengadil dalam perlawanan Serbia lawan Portugal pada hari kedua perlawanan Kelayakan Piala Dunia Kumpulan A 2022 Eropah, 27 Mac 2021.

Dia membatalkan gol Cristiano Ronaldo yang menjadikan perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2.

Pasukan Portugal bersorak gembira ketika Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan.

Namun, Diks membatalkan gol kerana dia menganggap bahawa bola dari tendangan CR7 belum sepenuhnya melintasi garisan gol.

Ulang tayang jelas menunjukkan bola itu sudah jauh masuk melepasi garisan gol.

Oleh kerana perlawanan itu tidak menggunakan teknologi garisan gol dan VAR, Diks telah membuat keputusan bahawa dia kekal dengan pendiriannya bahawa bola tersebut tak masuk.

Pengadil utama yang mengadili perlawanan di antara Serbia lawan Portugal, Danny Makkelie, telah meminta maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan dalam insiden gol Ronaldo itu.

Perkara itu disahkan oleh Fernando Santos yang menyatakan pengadil utama datang bertemu dengan mereka.

Bukan hanya meminta maaf, Makkelie juga memecat dan menyingkirkan nama Diks dari pasukan pengadil Belanda yang akan bertugas pada Euro 2020.

Diks dipecat kerana dia dianggap melakukan kesalahan membatalkan gol Ronaldo – dan beliau akan digantikan oleh Jan de Vries.

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo sangat kecewa selepas gol kemenangan beliau pada masa kecederaan sebelum tamat tidak dikira. Sedangkan ulang tayang jelas menunjukkan bahawa bola telah pun masuk dan melepasi garisan gol.

Portugal diikat 2-2 oleh Serbia. Dan Ronaldo menunjukkan magisnya dengan menewaskan penjaga gol lawan dengan teknik yang tenang. Namun Stefan Mitrovic mengeluarkan bola, tanpa teknologi garisan gol pun, jelas bola itu masuk.

Kecewa dengan golnya tidak dikira, lebih lebih lagi gol kemenangan, Ronaldo mengamuk selepas tamat perlawanan dengan membaling lilitan kapten sambil meninggalkan padang.

 

Namun ramai yang memahami kenapa beliau begitu marah, dan peminat menerimanya, sambil menyifatkan Ronaldo terlalu emosi, kerana ianya gol 3 mata untuk negaranya. Ronaldo dan Portugal baru sahaja dirompak.

Dalam aksi tersebut, Diogo Jota menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama dengan gol pada minit ke-11 dan pada minit ke-36.

Namun pada separuh masa kedua, Serbia bangkit menerusi gol Aleksandar Mitrovic dan Filip Kostic.

Pada masa kecederaan gol Ronaldo tidak dikira. Kem Portugal turut mempersoalkan pengadilan yang lemah itu.

Dan dalam aksi kedua di antara kedua dua pasukan, Portugal tewas di tangan Serbia. Walaupun Portugal mendahului seawal minit ke-2 lagi. Namun Serbia mengikat kedudukan minit ke-33 menerusi Dusan Tadic.

Serbia kemudian melengkapkan kemenangan dan mara secara automatik menerusi gol minit akhir Mitrovic.

Ronaldo menangis kerana gagal membantu negaranya mara ke Piala Dunia secara automatik. Kini harus berentap lagi di pusingan play off.

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group