Peminat TRW Kelantan melancarkan protes ekoran prestasi kurang memberangsangkan pasukan dalam saingan Liga Super musim ini selain isu mengenai konflik antara pemilik pasukan, Norizam Tukiman dan bekas ketua jurulatih, Choi Min-sik.

Ketika perlawanan Liga Super menentang Selangor baru-baru ini, salah satu kumpulan penyokong iaitu Gate H Boys melancarkan protes dimana mereka tidak bersorak seperti mana kebiasaan pada perlawanan sebelum ini.

Selain itu, menurut perkongsian Joe Zakaria di laman media sosial Twitter, peminat lain menggunakan cara menampal protes mereka di beberapa tempat dimana peminat menulis mereka sudah bosan dengan frasa trust the process dan kini mahu pasukan itu untuk menjadi salah satu pasukan yang digeruni dalam saingan Liga Malaysia.

Pada masa sama, peminat turut menampal poster di sekitar pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu, Kelantan bagi menunjukkan rasa marah dengan prestasi semasa pasukan.

TRW Kelantan
TRW Kelantan

Ekoran maslaah yang melanda pasukan, Zamsaham memberi bayangan untuk melepaskan TRW Kelantan kepada pemilik baharu yang mampu selepas pelbagai isu ‘luar padang’ hangat diperkatakan.

Menerusi kenyataannya di laman media sosial Facebook miliknya, beliau telah banyak berusaha untuk memajukan pasukan itu namun merasakan masih belum cukup bagus untuk jadi pemilik.

“Berbagai usaha saya untuk naikkan kelab TRW dari 2020 sehingga sekarang. Duit saya yg KAFA hutang RM3.8juta belum di terima lagi sesen pun. Banyak perancangan saya termasuk progress fasiliti untuk TRW masih belum tercapai. Saya telah usaha untuk 2.5 tahun.

“Jika rasa saya tak cukup bagus dan tidak layak jadi owner kelab ini, saya terfikir untuk melepaskan sepenuhnya saham pasukan Kelantan FC ini kepada individu yg mampu,” katanya.

Beliau juga sempat menulis di ruang komen untuk menjelaskan kepada penyokong bukan senang menguruskan sebuah kelab bola sepak dan sedia memberi peluang kepada individu yang berminat.

“Saya bukan merajuk dan bukan marah.Harap takda salah faham.
Cuma terpikir nak bagi peluang untuk sesiapa merasai jadi full Ownership sebuah kelab bola.

“Uruskan sendiri baru tahu bagaimana jadi owner. Kepada yang sentiasa positif dan kritis dengan TRW,saya ucapkan berjuta terima kasih,” jelasnya.