Peminat pasukan Thailand mahu ketua jurulatih tempatan bagi mengendalikan skuad kebangsaan selepas jurulatih dari Jepun, Akira Nishino dipecat baru-baru ini.

Menurut satu undian yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan, seramai 38 peratus peminat yang mengambil bahagian dalam undian tersebut mahukan jurulatih tempatan diberi peluang untuk mengendalikan skuad kebangsaan.

Faktor utama mengapa peminat mahu ketua jurulatih tempatan ialah mereka mempunyai pengalaman yang luas terutamanya dari segi pemain dimana kedua-dua pihak bercakap bahasa yang sama serta mudah untuk berkomunikasi.

Tempatan
Dusit Chalermsan. Sumber Gambar: BG Pathum United

Seramai 36 peratus pula mahu ketua jurulatih dari luar negara kerana memiliki reputasi yang lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Selain itu, corak permainan yang moden dan versatile menjadi faktor mengapa mereka wajar untuk menjadi ketua jurulatih.

Baki 26 peratus lagi mereka terbuka sama ada ketua jurulatih tempatan ataupun luar negara bagi mengendalikan pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Antara jurulatih Thailand yang dianggap layak mengendalikan skuad Gajah Perang ialah Kiatisuk Senamuang, Dusit Chalermsan yang membantu BG Pathum juara Thai League 1 musim lalu selain Totchtawan Sripan dan Rangsan Viwatchaichok (pengendali Police Tero).

Akira Nishino dipecat setelah Thailand gagal mara ke pusingan ketiga peringkat kelayakan Piala Dunia 2022 ekoran menamatkan saingan kumpulan G di tangga keempat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Jawapan Safee Sali Berkenaan Isu Merokok Pemain Tempatan Dalam ‘IG Story’ Dikecam Hebat Netizen

Kali Terakhir Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia Secara Merit Adalah 41 Tahun Lalu Di Kuwait 1980

Kiatisuk Senamuang Tolak Khabar Angin Bakal Kembali Bimbing Skuad Kebangsaan Thailand