Peminat Thailand menggesa agar skuad kebangsaan mula menggunakan khidmat pemain naturalisasi setelah kegagalan dalam saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang baru sahaja berakhir baru-baru ini.

Menurut laporan Siam Sport, tinjauan di laman media sosial mendapati peminat Thailand menyokong penggunaan pemain naturalisasi sekiranya boleh memberi kejayaan di peringkat Asia mahupun dunia kepada pasukan negara itu pada masa akan datang.

Naturalisasi
Aksi Guilherme De Paula ketika Malaysia menentang Thailand. Sumber Gambar: Chnagsuek

Penggunaan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan di sekitar Asia Tenggara bukanlah satu perkara yang asing dimana beberapa pasukan seperti Indonesia, Singapura, Filipina dan sekarang ini diikuti Malaysia sudahpun mula menggunakan pemain bukan kelahiran dalam negara bagi memperkuatkan skuad kebangsaan masing-masing.

Malah, kuasa besar bola sepak seperti Jepun dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) juga menggunakan khidmat pemain naturalisasi bagi membantu pasukan negara mereka beraksi di pentas antarabangsa.

Nama seperti Alessandro Santos, Mike Havenaar dan Ruy Ramos pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Jepun manakala Fabio Lima, Caio Canedo dan Sebastian Tagliabue beraksi bersama UAE dalam perlawanan peringkat kelayakan baru-baru ini.

Bagi skuad Harimau Malaya, setakat ini tiga pemain telah membuat penampilan iaitu Guilherme De Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh. Dua lagi pemain iaitu Gonzalo Cabrera serta Endrick Dos Santos dilihat bakal mengikut jejak langkah tiga pemain terdahulu pada tahun hadapan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Porto Semakin Hampir Dapatkan Pertahanan Korea Selatan, Kim Min-jae

AFC Bercadang Batalkan Saingan Piala AFC Zon Asean

Pemain Malaysia Kutip 20 Kad Kuning Dalam 8 Perlawanan, Mata ‘Fair-Play’ Ke-2 Paling Banyak Di ASEAN