Penyokong Terengganu FC (TFC) kini semakin bersemangat untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2022 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari Sabtu ini apabila penjaga gol utama pasukan tersebut, Rahadiazli Rahalim kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya malam tadi.

Penjaga gol tinggi lampai itu mengejutkan peminat bola sepak tempatan Sabtu lepas apabila terpaksa dikejarkan ke hospital pada minit ke-52 selepas tidak sedarkan diri akibat bertembung dengan pemain Melaka United dalam perlawanan Liga Super.

Namun, TFC mengesahkan beliau semakin baik dan tidak mempunyai sebarang pendarahan dalaman atau retak di mana-mana bahagian badan serta bahagian kepala beliau.

Walaubagaimanapun, beliau tetap berada dalam pemantauan pihak perubatan untuk memastikan keadaan beliau bertambah baik sehingga sembuh sepenuhnya.

Terengganu
Sumber Gambar: Terengganu FC

“Sejujurnya saya belum pulih sepenuhnya lagi selepas alami kecederaan pada bahagian kepala, tapi Insya-Allah saya berkeyakinan dari sehari ke sehari tahap kesihatan saya semakin baik lebih-lebih lagi saya sudah mulai menjalani latihan kerana rasa pening kepala sudah tidak ada lagi.

“Lagipun pihak perubatan memaklumkan tiada kecederaan yang serius dan mereka meminta saya membuat keputusan sendiri bagi mengelak sebarang risiko berlaku.

“Tapi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk beraksi di pentas final demi pasukan dan peminat, lagipun musim lalu saya terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan, ini cabaran dan dugaan saya.

“Tambahan ibu bapa, rakan sepasukan dan pihak pengurusan termasuk peminat sentiasa memberikan sokongan padu sekali gus mampu menaikkan semangat saya,” katanya dalam Berita Harian.

Jika Terengganu dinobatkan sebagai juara, mereka akan mendapat ke saingan AFC Cup pada

Baca juga artikel lain melalui pautan dibawah: 

Piala AFC 2022: KL City Juara Zon ASEAN, Bawa Pulang 100,000 USD

Penyokong PSM Makassar Cedera Diserang, Cermin Bas Turut Pecah

ACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, Perjalanan JDT Terhenti Di Saitama