Dalam aksi di antara Manchester United dan Leicester, terdapat satu perkara yang menarik perhatian peminat bola sepak. Di mana Axel Tuanzebe dilihat memakai jam tangan pintar / smart watch pada perlawanan tersebut.

Ada yang tertanya, sama ada Tuanzebe lupa menanggalkan jam tangan pintar beliau itu ataupun menjadi duta apple untuk menayangkannya?

Tuanzebe digandingkan bersama dengan Eric Bailly. Menggantikan Maguire yang cedera. Namun peminat United pelik, bagaimana pemain itu boleh dibenarkan memakai jam tangan pintar itu di dalam padang.

Kenapa pengadil tidak mengambil tindakan ke atas beliau?

Ini kerana menurut peraturan FIFA, pemain dilarang sama sekali menggunakan aksesori seperti jam tangan, rantai, cincin, gelang dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya, jam yang dipakai Tuanzebe itu adalah ‘tracker’ ataupun alat penjejak. Ianya satu teknologi digunakan oleh pegawai sukan hari ini dalam memantau perkembangan atlet mereka.

Tuanzebe mungkin menjadi bidan terjun dalam perlawanan ini. Tidak dipersiapkan dengan sebaiknya dalam beberapa hari ini. Maka sangat penting mereka mendapat segala maklumat tentang informasi seperti kadar denyutan jantung pemain tersebut.

FIFA sudah mengeluarkan garis panduan bahawa tracker adalah dibenarkan dengan syarat ianya tidak berbahaya. Oleh sebab itu ramai pemain memakai sport bra seperti di bawah ini. Ia juga alatan penjejak.

male-footballer-bra

Mungkin atas sebab itu pengadil membenarkan Tuanzebe memakai jam tersebut sepanjang dia beraksi.

Namun untuk penggunaan jam tracker seperti ini, mungkin ini yang pertama seumpamanya di liga utama Eropah.

Tuanzebe dan Man United tewas kepada Leicester dengan skor 1-2 dalam perlawanan tersebut. Sekaligus memberikan kejuaraan kepada jiran mereka, Man City.

Baca juga artikel

RASMI: Manchester City Juara EPL 2020/21

Juventus Diarah Tarik Diri Dari ESL Atau Kena Tendang Dari Serie A

Serie A: Juventus Dimalukan AC Milan, Ronaldo Berisiko Terlepas UCL Dan Beraksi Di Europa