Nusret Gokce atau nama glamornya Salt Bae telah dikritik kerana mengganggu pemain pemain Argentina ketika keraian kejuaraan Piala Dunia 2022.

Ramai peminat meminta penjelasan FIFA, bagaimana Salt Bae yang tiada kaitan dengan Argentina telah dibenarkan untuk bersama sama meraikan kejyaaan negara itu menjulang Piala Dunia.

Salt Bae malah bersama sama memegang dan mencium trofi tersebut sama seperti pemain Argentina yang lain.

Ada peminat merasakan beberapa pemain kelihatan agak terganggu dan tidak selesa dengan Salt Bae.

Gelagat Salt Bae jelas dirakam dalam beberapa rakaman yang kemudiannya tular di media sosial. Akibatnya, orang ramai memberikan reaksi negatif kepada chef dan restoran terkenal itu.

Lionel Messi kelihatan agak jengkel ketika Salt Bae menariknya dari belakang kerana mahu meraikan kejuaraan Piala Dunia.

Messi dengan ekspresi tidak selesa akhirnya berhenti. Mereka berdua berjabat tangan sambil mengambil gambar.

Tindakan Salt Bae yang lain dengan memegang dan mencium trofi Piala Dunia juga melanggar peraturan FIFA. FIFA melarang keras trofi itu dipegang oleh sesiapa sahaja sesuka hati sebagai penghormatan kepada trofi itu.

Wartawan sukan Terry Flewers menulis: “Ini mengarut, FIFA adalah memalukan untuk membenarkan dia [Salt Bae] menyentuh, mencium dan memegang Piala Dunia.”

“Salt Bae menabur garam atas daging, apa yang dia buat ka sana tu?”

Flewers kemudian berkongsi tentang peraturan keraian kejuaraan Piala Dunia yang bertulis: “Tentang keraian trofi Piala Dunia FIFA.”

“Sebagai salah satu simbol megah dalam sukan yang tidak ternilai ikoniknya, Piala Dunia FIFA hanya boleh disentuh oleh sekumpulan orang terpilih sahaja. Ini termasuk bekas pemenang Piala Dunia dan juga ketua kerajaan sesebuah negara.”

Menurut peraturan itu, Salt Bae tidak tergolong dalam mana mana kategori.

Dia bukan salah seorang pegawai ataupun sebahagian ahli keluarga mana mana pemain dalam pasukan Argentina.

Lantas peminat menuduh FIFA sebagai puncanya. Seorang peminat berkata: “Ada duit segalanya boleh jadi dengan FIFA.”

Ada juga yang menyampah dengan Salt Bae yang dilihat mengganggu Lisandro Martinez yang mahu bergambar dengan trofi Piala Dunia 2022 dengan menunjukkan gayanya menabur garam.

Mereka merasakan bahawa Salt Bae sudah membayar jutaan dollar kepada FIFA untuk menyertai keraian ikonik Piala Dunia yang menjadi perhatian seluruh dunia. Dia akan melakukan perkara yang sama jika Perancis yang juara.

Salt Bae merupakan chef selebriti yang terkenal setelah aksi dia menabu garam dengan gaya tersendiri menjadi tular di media sosial.

Ianya mulai menjadi meme di internet dan membolehkan Salt Bae menempah kegemilangan dari segi populariti.