Persembahan cemerlang yang ditampilkan oleh penyerang skuad kebangsaan Jepun, Takumi Minamino pada perlawanan peringkat kumpulan E saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Red Bull Salzburg menentang Liverpool nyata menarik minat ramai pihak termasuk peminat setia The Reds.

Liverpool pada mulanya selesa berada di hadapan dengan tiga gol namun Salzburg berjaya menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang Korea Selatan, Hwang Hee-chan, Minamino dan penyerang muda yang sedang meningkat naik ketika ini, Erling Braut Håland.

Takumi Minamino
Takumi Minamino

Namun, usaha hasrat Salzburg membawa pulang satu mata dari Anfield tidak menjadi kenyataan apabila Mohamed Salah menjaringkan gol kemenangan sekaligus memberikan tiga mata penuh untuk penyandang juara itu.

Tonton sorotan perlawanan antara Liverpool menentang Salzburg di sini:
https://www.youtube.com/watch?v=pcG310FhCDw

Rata-rata peminat Liverpool di media sosial memuji persembahan yang ditampilkan oleh Takumi Minamino dimana selain menjaringkan satu gol, penyerang berusia 24 tahun itu turut menyumbang satu assist kepada jaringan Erling Håland.

Selain itu, peminat The Reds mahu kelab mereka menandatangani bekas pemain Cerezo Osaka itu dimana mereka menganggap Takumi mampu memperkukuhkan jentera serangan yang ketika ini diisi oleh Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane.

https://twitter.com/FalseFMatt/status/1179495156535443457?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1179495156535443457&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.footballfancast.com%2Fpremier-league%2Fliverpool%2Fliverpool-fans-stunned-by-salzburg-ace-takumi-minamino

Selepas ini, Liverpool akan turun menentang K.R.C. Genk manakala Red Bull Salzburg pula akan turun menentang Napoli. Napoli ketika ini menghuni tangga teratas kumpulan E dengan kutipan 4 mata diikuti dengan Liverpool dan Salzburg yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga. Genk pula menduduki tangga tercorot.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun yang beraksi di Eropah di sini:

2 Pemain Jepun Berusia 19 Tahun Jaringkan Gol Dalam Pembukaan Saingan Eredivisie

Ritsu Doan Cipta Sejarah Dalam Saingan Eredivisie

Takehiro Tomiyasu, Pemain Jepun Berusia 20 Tahun Sah Menyertai Kelab Serie A, Bologna FC 1909