Tindakan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Ir Ahmad Roslee Hamzah memakai jersi kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool di Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi semalam mengundang padah apabila menerima pelbagai kecaman serta kritikan daripada peminat bola sepak tempatan.

Pemakaian jersi lambang pasukan lain di majlis rasmi dianggap sebagai tidak profesional dan tidak sensitif apatah lagi Ahmad Roslee memegang jawatan penting dalam organisasi MUSA.

Kursus tersebut disertai 30 peserta dari dalam dan luar negeri Melaka untuk mereka menimba ilmu kejurulatihan bolasepak peringkat akar umbi. Hadir sama Pengarah Teknikal MUSA, En Richard Sinapan dan Ketua Jurulatih Remaja Negeri Melaka, En Rashid Mamud.

Semua peserta kursus serta pegawai memakai baju lambang pasukan Melaka United dan FAM kecuali Setiausaha Agung MUSA. Situasi itu turut mengundang kemarahan dalam kalangan penyokong setia pasukan tersebut di media sosial.

https://twitter.com/effyamron_/status/1343213516698701824?s=20

https://twitter.com/harimaumalaya7/status/1343444556562382848?s=20

Ada benar juga apa yang dikatakan oleh para peminat bola sepak tempatan. Bagaimana mereka mahu memberi sokongan kepada bola sepak Malaysia jika orang atasan sendiri memakai jersi kelab dari luar negara?

Isu pemakaian jersi pasukan lain dalam acara rasmi mungkin nampak remeh namun ia juga secara tidak langsung menunjukkan mentaliti sebenar pihak pengurusan dan tiada jiwa dalam kelab sendiri.

Baca juga artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh

Konsep Binaan Kontena Jadi Pilihan Terengganu FC Naik Taraf Fasiliti Pusat Latihan

Azmeer Yusof Umum Persaraan Dalam Karier Bola Sepak Pada Usia 30 Tahun