Pasukan kebangsaan Indonesia sekali lagi mengalami kekalahan dalam perlawanan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dimana kali ini mereka tunduk kepada Vietnam dengan keputusan 3-1.

Peminat setia skuad Garuda sudah hilang sabar dengan ketua jurulatih, Simon McMenemy dan rata-rata daripada mereka menggesa agar jurulatih yang pernah membimbing Bhayangkara itu digantikan bagi memastikan pasukan itu tidak lagi diaibkan pada perlawanan akan datang.

Peminat

Simon McMenemy memberi arahan kepada pemainnya. FOTO: PSSI

Setakat empat perlawanan, Indonesia masih belum meraih sebarang mata dimana mereka tewas keempat-empat perlawanan yang dihadapi sebelum ini sekaligus menghuni tangga tercorot.

Bagi menggantikan Simon, peminat mahukan bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim, Mario Gomez bagi mengendalikan pasukan dimana beliau dianggap sebagai calon yang sesuai. Gomez bukanlah satu nama yang asing dalam saingan bola sepak Indonesia dimana beliau sebelum ini pernah mengendalikan dua pasukan yang beraksi di Liga 1.

Peminat

Sumber Gambar: mStar

Musim lalu, pengendali berusia 62 tahun yang pernah membimbing JDT memenangi Piala AFC pada 2015 itu menjadi ketua jurulatih Persib Bandung. Jodoh Mario bersama JDT tidak panjang apabila jurulatih itu digantikan. Namun, Mario kekal berada di Indonesia dan ketika ini beliau sedang menggalas tugas sebagai ketua jurulatih bagi Borneo FC.

Berbaki empat perlawanan kempen kelayakan, Indonesia masih lagi mempunyai masa untuk memperbaiki segala kelemahan dalam pasukan. Mengganti juruatih dilihat salah satu langkah untuk mereka mengelak terus mengalami kekalahan dalam saingan peringkat kumpulan G.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Indonesia di sini:

Simon McMenemy Mungkin Dipecat Jika Indonesia Tewas Kepada Vietnam

Indonesia Bawa Masuk Pemain Naturalisasi Baharu, Otavio Dutra

Indonesia Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia 2034

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group