Peminat SC Heerenveen tidak mahu pemain pinjaman, Doan Van Hau kekal bersama pasukan dan menggesa pihak kelab untuk tidak memberikan kontrak kepada beliau.

Dalam satu undian yang dijalankan oleh kelab penyokong Heerenveen di laman media sosial Twitter, seramai 80% peminat tidak setuju sekiranya Van Hau dilanjutkan tempoh lanjutan ataupun diberikan kontrak.

Van Hau melalui waktu-waktu sukar sejak menyertai Heerenveen secara pinjaman daripada Hanoi FC. Beliau banyak beraksi bersama skuad B-22 tahun kelab dan jarang beraksi bersama pasukan utama.

Pemain pertahanan berusia 21 tahun itu hanya beraksi sebanyak empat minit bersama pasukan utama, lebih tepatnya dalam saingan KNVB Cup.

Selain itu, kebanyakan peminat tidak mahu Van Hau kekal dipercayai kerana jumlah gaji yang diterima oleh pemain itu.

Ketika ini, Van Hau menjadi penerima gaji keempat tertinggi dalam skuad Heerenveen dimana beliau menerima gaji sekitar €4,523 seminggu yang bersamaan RM21,000 per minggu atau sekitar RM84,000 sebulan.

Baca artikel lain mengenai Doan Van Hau di sini:

Heerenveen Mahu Buang Lima Pemain Dengan Gaji Tertinggi, Doan Van Hau Jadi Salah Satu Calon

CEO Heerenveen Nafi Tandatangani Doan Van Hau Hanya Untuk Tujuan “Marketing”

Bekas Penyerang Vietnam Berpendapat Eredivisie Terlalu Berat Untuk Doan Van Hau