Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Baru-baru ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam satu temubual telah menyatakan hasrat untuk menghantar skuad Piala Presiden, JDT III beraksi dalam saingan Liga Premier Singapura (SPL).

Langkah itu dilakukan untuk memberi lebih banyak perlawanan kompetitif kepada pemain-pemain muda skuad Harimau Selatan kerana di Malaysia tidak ada banyak perlawanan yang perlu dihadapi oleh pasukan ini.

Kenyataan daripada TMJ turut mendapat perhatian daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Lim Kia Tong yang menjelaskan pihaknya sedia mempertimbangkan kemasukan JDT III dalam SPL jika terdapat permohonan rasmi.

“The Football Association of Singapore (FAS) notes the comments made in a recent interview by the Tunku Mahkota of Johor…

Posted by AIA Singapore Premier League on Monday, June 7, 2021

Bagaimanapun, tinjauan di media sosial mendapati kebanyakan peminat bola sepak Singapura tidak bersetuju dan membantah kemasukan satu lagi pasukan asing (JDT III) dalam saingan SPL kerana ia telah merendahkan standard liga mereka.

“Ini memalukan apabila mereka menghantar pasukan bawah 21 tahun sebagai pendedahan. Ibarat Real Madrid menghantar pasukan Real Madrid Castilla beraksi dalam Liga Segunda divisyen B,” komen daripada peminat Singapura, Jon Peh.

photo_2021-06-09_18-35-51

Selain itu, mereka juga menuntut FAS menolak semua permohonan daripada pasukan luar yang berminat menyertai SPL dan hanya mengekalkan pasukan tempatan supaya mereka kembali menjadi liga yang terbaik Asia seperti dahulu.

Hal ini kerana mereka berpendapat kemasukan kelab asing dalam liga tersebut tidak memberi sebarang manfaat dan lebih banyak kesan negatif pada bola sepak Singapura.

photo_2021-06-09_18-38-35 photo_2021-06-09_18-37-38 photo_2021-06-09_18-35-14

Ketika ini, SPL disertai oleh satu pasukan dari luar iaitu Albirex Niigata (Jepun). Sebelum ini, kelab dari Brunei, DPMM turut memeriahkan saingan liga tersebut namun dilaporkan telah menarik diri akibat penularan wabak COVID-19.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah menghantar skuad Harimau Muda beraksi dalam Liga Singapura pada tahun 2012 hingga 2015. Sebagai pertukaran, FAS telah menghantar Lions XII beraksi dalam Liga Malaysia dan mereka berjaya menjuarai Liga Super pada musim 2013 sehingga membangkitkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

11 Pemain Vietnam Turun Beraksi Berdepan Indonesia Adalah Skuad Naib Juara Piala Asia U23 2018

Selepas Jepun, Syria Pasukan Kedua Mara Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022

UAE Terus Lakar Kemenangan, Thailand Jadi Mangsa Kedua

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group