Saingan Liga Thailand nampaknya menarik minat pemilik kelab yang muncul sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2018/2019, Manchester City iaitu City Football Group dimana mereka menyatakan minat untuk membeli kelab yang beraksi dalam saingan Thai League.

City Football Group, yang diketuai oleh Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan sedang mencari peluang untuk membeli kelab dari pelbagai benua sekaligus mengembangkan lagi sayap mereka.

City Football Group
Sheikh Mansour dan Khaldoon Al Mubarak.
Sumber Gambar: Sportkeeda

Menurut laporan, CFG terbuka kepada mana-mana kaedah sama ada melakukan satu usaha bekerjasama ataupun terus membeli kelab terbabit sekaligus menjadi pemilik tunggal.

Niat CFG yang mahu membeli kelab Thailand ini dilihat sebagai langkah untuk memanfaatkan minat mendalam rakyat negara tersebut terhadap saingan Liga Perdana Inggeris.

chanathip songkrasin

Selain itu, kehadiran CFG bakal memberikan peluang kepada pemain Thailand untuk beraksi di Liga luar negara memandangkan CFG mempunyai beberapa kelab.

Setakat ini, CFG telah mempunyai pemilikan penuh terhadap kelab seperti New York City FC (USA), Melbourne City FC (Australia) and Club Atletico Torque (Uruguay) dan menjadi pemilik bersama Yokohama F. Marinos (Jepun), Sichuan Jiuniu (China) and Girona (Sepanyol).