Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Seorang wanita yang juga pemilik kelab Port FC dalam saingan Thai League 1, Madam Pang telah bermurah hati untuk menyalurkan sebanyak THB16 juta cash kepada semua 72 buah kelab dalam saingan Thai League 3 yang terjejas tanpa syarat.

Wang tersebut pada asalnya merupakan sumbangan yang dibuat kepada Thai FA sebagai bayaran untuk mereka menggunakan sistem VAR dalam perlawanan Thai League 1 selepas FA Thai menghadapi masalah kewangan untuk menggunakan sistem tersebut apabila liga bersambung.

Selepas FA Thai mendapat sepucuk surat bahawa mereka tidak dibenarkan untuk menghentikan penggunaan itu atas alasan untuk berlaku adil kepada semua pasukan, Madam Pang memberitahu kepada pengurusan FA Thai untuk menyalurkan semua wang tersebut kepada 72 pasukan dalam saingan Thai League 3.

4AD87A6973BE40F6B11915099807F61A

Ini bermakna, setiap kelab dalam Thai League 3 akan menerima sekitar THB222,222 atau RM29,747 selepas diagihkan nanti.

Untuk makluman juga, Madam Pang atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam adalah Presiden dan CEO kepada salah sebuah syarikat insurans terbesar di Thailand iaitu Muang Thai Life Insurance.

Berikut adalah sedikit maklumat mengenai beliau berdasarkan data yang dikeluarkan oleh laman web Bloomberg.

bloomberg

Port FC musim ini telah menyambar ramai pemain-pemain bintang dari beberapa pasukan gergasi Thai League untuk memperkukuhkan pasukan mereka bagi mencabar kejuaraan serta merebut tempat ke saingan AFC Champions League 2021 nanti.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Tonton Video Temubual Santai Bersama Hadi Fayyadh Berbahasa Bahasa Jepun Yang Layak Terima Pujian

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?

Anda Mungkin Suka

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group