Pemilik kelab Chinese Super League (CSL), Jiangsu FC iaitu Suning Appliance Group bersedia untuk menjual kelab tersebut dengan harga serendah satu sen kepada mana-mana pihak yang berminat bagi mengelakkan kelab itu dibubarkan.

Menurut laporan Football Italia, Suning Group sedang berdepan dengan masalah kewangan yang serius dan mereka harus menjual aset yang dimiliki terutama kelab bola sepak yang terus mengalami kerugian bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku.

Jiangsu FC
Jiangsu FC. Sumber Gambar: CGTN

Suning bersedia untuk menjual kelab dengan harga serendah satu sen, dengan syarat pemilik baharu bersetuju untuk mengambil alih bagi menyelesaikan hutang kelab yang berjumlah €63.77 Juta atau RM310 Juta yang sebahagian besarnya berkaitan dengan gaji pemain.

Jika gagal mencari pembeli baharu dalam jangka masa terdekat, maka Suning Group terpaksa membubarkan kelab yang muncul sebagai juara saingan Chinese Super League (CSL) musim 2020 itu. Jika perkara ini berlaku, maka Jiangsu bakal menerima hukuman berat seperti tidak dibenarkan beraksi di pentas Asia sekiranya kelab tersebut kembali aktif.

Jiangsu FC
Sumber Gambar: Sempre Milan

Satu lagi kelab yang dimiliki oleh Suning, Inter Milan juga mengalami nasib sama dimana ketika ini perbincangan bersama BC Partners dan beberapa calon pembeli sedang diadakan bagi memastikan kelab Serie A itu tidak menanggung beban hutang yang lebih banyak pada masa akan datang.

Pemain Inter dilaporkan sudah empat bulan tidak menerima gaji dan pihak kelab yang berunding dengan pemain mengenai bayaran gaji secara berperingkat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Bekas Pemain Kuala Lumpur, Sylvano Comvalius Sertai Kelab Singapura

Kedah Berisiko Tidak Dapat Beraksi Di AFC Cup 2021?

Faktor Utama Mengapa Mehmet Durakovic Tinggalkan Perak