Pemilik kelab Thai League 1, Buriram United, Newin Chidchob menyenaraikan lima pemain daripada pasukannya yang mempunyai potensi untuk beraksi di liga luar negara seperti saingan J. League pada masa akan datang.

Beberapa pemain skuad kebangsaan Thailand mewarnai saingan J. League musim ini seperti Chanathip Songkrasin, Kawin Thamsatchanan (Consadole Sapporo), Teerasil Dangda (Shimizu S-Pulse) serta seorang bekas pemain Buriram, Theerathon Bunmathan (Yokohama F Marinos).

Buriram United
Supachai Jaided. Sumber Gambar: Foxsport Asia

Menurut Newin, lima pemain yang beliau percaya mempunyai kualiti untuk mengikut jejak langkah empat pemain di atas ialah Sasalak Haiprakhon, tiga pemain muda yang sedang meningkat naik iaitu Supachai Jaided, Supachok Sarachart dan Suphanat Mueanta serta pemain pertahanan, Narubadin Weerawatnodom.

Kelima-lima pemain ini telahpun beraksi bersama skuad kebangsaan Thailand dalam perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan sedikit-sebanyak telah memperoleh pengalaman beraksi di pentas yang lebih besar.

Tambahan pula, peluang mereka untuk beraksi di negara seperti Jepun dilihat cerah kerana hubungan baik antara dua liga berdasarkan beberapa pemain yang berhijrah ke negara matahari terbit itu sejak tiga musim kebelakangan ini.

Baca artikel lain mengenai saingan Thai League di sini:

Akibat ‘Banner Fxxk VAR’ SCG Muangthong United Didenda THB50,000 Oleh Thai League

Thai League Jadi Destinasi Pilihan 26 Pemain Dari ASEAN, 33.3% Daripadanya Adalah Pemain Dari Filipina

Thai League Senaraikan Top 5 Stadium Yang Mungkin Berbaloi Untuk Dikunjungi Di Thailand.