Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi bayangan senarai penuh barisan pemain bagi menghadapi saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Cheng Hoe berkata demikian ketika sesi soal jawab pada majlis menandatangani perjanjian antara Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) di Bukit Jalil semalam dimana bekas pengedali pasukan Kedah itu mahu menunggu perlawanan Piala Malaysia 2019 pada hujung minggu ini bagi melihat pilihan pemain yang berpotensi.

Pemain Muda
Tan Cheng Hoe

Cheng Hoe menyatakan: Kami sedang berada di fasa akhir dalam proses pemilihan pemain untuk disenaraikan menjelang saingan peringkat kelayakan. Saya mahu menunggu sehingga perlawanan Piala Malaysia pada hujung minggu ini dan minggu hadapan senarai penuh akan dikeluarkan.

“Saya berharap pemain bebas daripada sebarang kecederaan. Itu adalah perkara yang paling penting,” katanya.

Pada masa yang sama, Cheng Hoe menegaskan ketika ini pihaknya masih mencari pusat latihan menjelang perlawanan pertama bertemu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) pada 5 September ini.

Tan-Cheng-Hoe
Sumber Gambar: Sports247.com

“Buat masa sekarang kami masih mencari pusat latihan kerana saat ini kita tidak mempunyai pusat latihan yang sewajarnya. Saya harap pada masa akan datang kita mempunyai pusat latihan yang bertaraf dunia untuk pasukan kebangsaan menjalani latihan.

FAM dan PSM menandatangani perjanjian bersama sehingga 31 Disember 2020 dimana perjanjian tersebut menyaksikan Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan sebagai gelanggang sendiri skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya bagi mana-mana pertandingan atau kejohanan rasmi.