Pemain yang memenangi temasya Piala Dunia edisi 2010, Lukas Podolski berminat untuk menyertai juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim.

Menurut laporan Semuanya Bola, perkara ini disahkan sendiri oleh pemilik JDT, Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Menurut Tunku Ismail, Podolski sendiri ada menghubungi beliau dimana pemain yang beraksi bersama Vissel Kobe pada musim 2019 itu mengutarakan minatnya untuk menyertai juara Liga Super enam kali berturut-turut itu.

“Dia akan datang ke sini [Johor Bahru] untuk mengadakan proses perbincangan.”

”Tetapi kita tidak boleh buat keputusan lagi kerana kuota pemain import kita pun sudah penuh, mungkin perbincangan ini juga boleh menjurus kepada kerjasama yang lain.

”Rezeki buat JDT kerana sebelum ini kami perlu memburu pemain, tetapi sekarang sudah berubah kerana pemain pula yang mencari kami untuk menyertai pasukan,” kata Tunku Ismail.

Lukas Podolski
Lukas Podolski ketika beraksi bersama Vissel Kobe.

Sebelum ini, JDT pernah mendatangkan pemain berprofil tinggi seperti bekas pemain bintang Valencia, Pablo Aimar serta pemain yang pernah memenangi UEFA EURO 2008 bersama pasukan kebangsaan Sepanyol, Dani Guiza.

Baru-baru ini, Lukas Podolski membantu Vissel Kobe memenangi saingan Emperor’s Cup dengan menewaskan Kashima Antlers pada perlawanan akhir.

Baca artikel lain mengenai Lukas Podolski dan pemain Vissel Kobe yang lain di sini:

Lukas Podolski Mungkin Tidak Sempat Bertemu JDT Di AFC Champions League 2020

Andres Iniesta Tolak Tawaran Dari Kelab MLS

Andres Iniesta Semakin Hampir Sertai Kelab Argentina, Estudiantes