Pemain sayap skuad kebangsaan Qatar, Akram Afif dinobatkan sebagai pemain terbaik AFC bagi tahun 2019 dalam satu majlis AFC Annual Awards yang berlangsung pada Isnin lalu.

Kejayaan Akram membantu Qatar memenangi trofi Piala Asia 2019 dengan menewaskan pasukan Jepun di pentas akhir dimana beliau turut menjaringkan satu gol menjadi faktor utama mengapa pemain berusia 23 tahun ini memenangi anugerah tersebut.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada AFC di atas anugerah ini. Saya turut mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan pasukan kebangsaan Qatar, Al Sadd dan juga Aspire Academy.

“Saya tidak dapat melupakan keluarga saya yang merupakan penyokong terbesar saya. Anugerah ini sangat bermakna bagi saya dan saya menghargai anda semua,” kata Akram Afif kepada AFC.

Akram telah mendapat perhatian sejak usia belasan tahun apabila beliau membantu skuad Qatar B-23 tahun menduduki tempat keempat dalam temasya AFC B-23 pada 2016 ketika usia beliau belum menginjak 20 tahun.

Akram Afif
Qatar memenangi Piala Asia 2019. Sumber Gambar: Wikipedia

Pada temasya Piala Asia yang berlangsung pada awal tahun ini di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Akram tampil cemerlang dimana beliau menyumbang 10 assist sekaligus membantu Qatar mara ke pentas akhir dan menewaskan pasukan Jepun dengan keputusan 3-1.

Di peringkat kelab pula, Akram menjadi watak penting Al-Sadd memenangi 2018-19 Qatar Stars League musim 2018/2019 dimana beliau turut memenangi anugerah pemain terbaik dengan catatan 26 gol serta 15 assist.

Akram turut membantu Al-Sadd mara ke peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 namun dikecewakan oleh pasukan juara, Al-Hilal dari Arab Saudi.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan Qatar di sini:

Qatar Tersingkir Dari Saingan Copa America 2019

Berizzo Selar Penyertaan Qatar Dan Jepun Dalam Saingan Copa America 2019