Kelab dalam saingan liga bola sepak Thailand akan berdepan dengan pemotongan 50% wang hak penyiaran pada musim ini selepas pihak TRUE Visions selaku pemegang hak eksklusif hanya bersetuju untuk menyiarkan perlawanan sehingga 25 Oktober 2020.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas beberapa perbincangan sebelum ini gagal mencari kata sepakat selepas saingan domestik bola sepak negara itu akan disambung semula dari September 2019 sehingga Mei 2020.

TRUE Visions turut menjelaskan bahawa walaupun mereka akan berdepan dengan ‘modal’ tambahan dari segi jadual program yang baru, kekerapan siaran langsung perlawanan serta siaran ditengah minggu, mereka akan membayar nilai yang sama untuk semua perlawanan yang akan disambung nanti sehingga tarikh tamat penyiaran pada 25 Oktober 2020.

Berdasarkan kemaskini seorang individu yang mengikuti rapat perkembangan bola sepak di Thailand, kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 1 hanya akan menerima kurang dari 50% iaitu sekitar THB7 juta (RM940,648) sehingga THB8 juta (RM1,075,047) sahaja dari jumlah sebenar kira-kira THB20 juta (RM2,687,567) semusim.

Manakala untuk pasukan yang beraksi dalam saingan Thai League 2 lebih ‘seksa’ kerana hampir 66% wang hak penyiaran itu dipotong, dan mereka dikatakan akan hanya menerima sekitar THB1 juta (RM134,446) dari nilai sebenar THB3 juta (RM403,338).

Mengikut apa yang diperkatakan oleh individu lain pula menyatakan bahawa, kelab-kelab bola sepak dalam saingan Thai League 2 dan Thai League 3 mendapat lebih banyak revenue dari matchday mereka berbanding dengan wang agihan itu dan mungkin mereka tidak berapa kisah sekiranya jumlah yang diberikan oleh TRUE Visions rendah berbanding sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, mengikut laporan dari SMM Sport pula menyebut bahawa presiden FAT mula menyeru pihak kerajaan Thailand untuk membantu liga bola sepak negara itu untuk terus beroperasi ketika berdepan dengan situasi yang sukar seperti ini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi

Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand