Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam mengumumkan penajaan mega bersama syarikat pembuat kenderaan elektrik antarabangsa, SWAG  menjelang kempen 2021.

SWAG adalah sebahagian daripada tambahan senarai usahasama bertaraf antarabangsa di JDT seperti Nike dan Hublot. Menurut kenyataan rasmi, ada dua lagi penajaan antarabangsa yang akan diumumkan pada masa yang terdekat.

Langkah itu juga adalah sebahagian daripada sasaran JDT untuk menjadi kelab bernilai RM1 billion pada pertengahan tahun depan seperti mana yang diumumkan oleh pemilik kelab, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) dalam sidang media bulan lepas.

JDT METERAI PENAJAAN MEGA BERSAMA JENAMA ANTARABANGSA SWAGKelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim dan pembuat kenderaan…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, November 16, 2020

TMJ sebelum ini mendedahkan terdapat 4 buah syarikat antarabangsa telah menyatakan minat mereka untuk menguruskan aktiviti komersial di Stadium Sultan Ibrahim. Syarikat tersebut bukan sahaja akan menguruskan Stadium Sultan Ibrahim tetapi turut akan menjadi penaja rasmi pasukan.

“Benda ini amat positif apabila kelab yang kami bina ini, JDT mendapat sambutan hebat daripada syarikat luar negara dan ini akan membantu kami mencapai sasaran RM1 bilion,” kata TMJ dalam sidang media di ibu pejabat JDT pada 21 oktober lepas.

Ia membuktikan juara liga super 7 kali itu kini semakin dikenali di seluruh dunia dan dijangka akan menarik lebih banyak tajaan sekaligus mengekalkan status sebagai kelab bola sepak terbaik di Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah. 

Dato’ Windsor John: Penarikan Diri JDT Daripada ACL Tidak Beri Kesan Pada Kedudukan Mata Dan Slot MA

Kedah Semakin Hampir Lengkapkan Perpindahan Empat Pemain

Azzizan Nordin Harap Musim 2021 Berjalan Dengan Lancar

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group