Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) mengesahkan mereka telah membuat aduan rasmi kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai tindakan kurang sopan daripada barisan jurulatih Thailand yang menghina fizikal pengendali skuad Vietnam, Park Hang Seo ketika perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada selasa lepas.

Selepas pengadil meniup wisel penamatan perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan itu, pembantu jurulatih Thailand, Sasa Vesna Todic mengangkat tangan mengambarkan bentuk fizikal kecil Park Hang Seo yang sedang berjalan menuju kepada Akira Nishino untuk berjabat tangan.

lun_zing
FOTO:Minh Chiến.

Tidak puas hati dengan tindakan tersebut, Park Hang Seo terus meluru ke arah Todic lalu berlaku kekecohan dan pertengkaran di kawasan tempat duduk simpanan Thailand.

Sebelum insiden itu, Park Hang Seo sempat memarahi barisan jurulatih  Thailand kerana tidak puas hati dengan aksi terjahan keras pemain lawan ke atas anak buahnya.

Berdasarkan laporan daripada Zing.vn, VFF mahu AFC mengambil tindakan keras terhadap kelakuan jurulatih pasukan Thailand yang dilihat telah melanggar kod etika tatatertib pegawai pasukan dan peraturan perlawanan.

“Kami telah pun menghantar aduan rasmi kepada AFC mengenai kelakukan pembantu jurulatih Thailand, Sasa Vesna Todic yang cuba menghina fizikal Park Hang Seo,” kata kenyataan daripada Timbalan Presiden VFF, Tran Quoc Tuan.

Park Hang Seo dalam sidang media selepas perlawanan berkata beliau sedia berlawan jika Todic mengajaknya berentap di gelanggang tinju.

“Ketika berjalan ke arah Nishino, saya nampak dia sedang mengejek sambil senyum. Kalau dia mahu berlawan, saya sudah bersedia,” tegasnya.

Vietnam kini menghuni kedudukan teratas dalam kumpulan G dengan 11 mata selepas 5 perlawanan. Manakala Thailand turun ke tangga ketiga dengan 8 mata dibelakang Malaysia yang naik ke tangga kedua dengan 9 mata.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan lain dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia Kutip 31.12 Mata FIFA Ranking, Dijangka Akan Melonjak 4 Tangga Dalam Ranking Dunia

Dibuang Padang Bertemu Vietnam, ‘Center Back’ Utama UAE Ini Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Malaysia

Kasihan Lihat Timnas Indonesia, Emanuel De Porras Sentil Program Naturalisasi

Sumber