J.League sebagai sebuah badan yang menganjurkan liga bola sepak profesional di Jepun tidak pernah diam dari melakukan pelbagai kajian dan ujian untuk mempertingkatkan lagi penglibatan semua pihak dalam bola sepak.

Terbaru, anak syarikat mereka J.League Digital Ltd., selepas 4 tahun melakukan kajian berjaya menemui strategi yang ampun untuk mereka menembusi halangan bagi mempertingkatkan jualan tiket di stadium.

Nota: Menurut data dan statistik, J.League telah mencatatkan pertumbuhan positif setiap musim dalam 4 tahun terkini.

Apa Yang J.League Digital Ltd. Lakukan Dalam 4 Tahun Ini?

J.League Digital Ltd. memberikan fokus utama kepada model perniagaan ‘Business to Consumer (B2C)’ dimana menggunakan impak dunia digital bagi mempertingkatkan pendapatan kelab, membantu menaikkan bilangan penyokong ke stadium dan lain-lain.

Mereka membangunkan platform serta sistem untuk digunakan oleh kelab seterusnya melalui pelbagai kajian yang dilakukan, mereka mula mengatur perancangan dan menguji keberkesanan selain berkongsi ‘case study’ bersama kelab-kelab.

afc7b890e33e11e994e1c987b1e898c9
Gambar ketika ‘Derbi Tamagawa’ diantara FC Tokyo dan Kawasaki Frontale di Ajinomoto Stadium.

Menurut Shinji Maruyama, orang yang bertanggung jawab mengetuai kajian ini memberitahu sejak tahun 2016, berdasarkan data yang dikumpulkan, sebagai contoh data bilangan kehadiran penyokong ke stadium membolehkan mereka menyiapkan segmentasi dan membuat perancangan terhadap setiap segmen tersebut.

Segmentasi 6 ‘Jenis’ Penyokong Yang Dikesan

Pihak mereka telah memecahkan penyokong kepada 6 kategori mengikut data bilangan kehadiran penyokong ke stadium yang diperolehi seperti dibawah;

  • F0: Mukanshin
  • F1: Kanshin
  • F2: Light
  • F3: Middle
  • F4: Heavy
  • F5: Core

Berdasarkan 6 kategori diatas, setiap lapisan mempunyai definisi yang telah ditetapkan serta memiliki sasaran tersendiri.

58941190df7411e98bb38b285ef5af97
Kotak merah menunjukkan kategori dibawah tanggungjawab J.League, manakala kotak hitam pula dibawah bidang tugas kelab.

Dari kesemua kategori itu, mereka telah memecahkan kepada 2 lagi kumpulan untuk dikawalselia dengan lebih efektif, dimana kategori F0 hingga F2 dibawah tanggungjawab J.League dan F3 hingga F5 diserah kepada pihak kelab untuk melakukan tugas lebih lanjut.

Aliran yang kerjasama yang disasarkan;

  1. Memiliki J.League ID
  2. Mengatur strategi untuk hadir ke stadium
  3. Kelab & Liga
  4. Rakan rasmi

Melalui penggunaan J.League ID, data penyokong seperti rekod pembelian, rekod hadie ke stadium, rekod pembelian barangan rasmi, penyertaan kempen, penggunaan  wifi stadium dan sebagainya akan disimpan.

180223-1-01
Wi-Fi percuma kepada pemegang J.League ID ketika perlawanan Vegalta Sendai.

Dengan maklumat tersebut, pihak J.League akan mengatur pelbagai strategi dan perancangan untuk memaksimakan peluang yang akan memberikan faedah kepada semua pihak yang terlibat.

Penyokong Sukar Untuk Hadir Ke Stadium Lebih Dari 3 Kali

Mengikut data yang dikumpulkan, kadar kekerapan penyokong hadir ke stadium dikenalpasti dengan lebih jelas.

Halangan pertama perlu lepasi adalah untuk mengajak penyokong hadir ke stadium lebih dari 3 kali. Ini adalah kerana penyokong yang memiliki kekerapan kurang dari 3 kali mempunyai kecenderungan untuk tidak hadir ke stadium terus selepas itu.

Penyokong yang mempunyai kekerapan hadir lebih dari 3 kali pula, akan lebih mudah kembali ke stadium untuk perlawanan yang seterusnya. Disini, pihak J.League Digital mengesan permasalahan pertama yang perlu diselesaikan.

a8073af0df7311e99555bf7c2a95414d

Selepas memecahkan blok pertama, proses seterusnya akan menjadi tanggungjawab kelab untuk terus ‘memancing’ penyokong untuk menjadi lebih dekat dengan kelab melalui program dan startegi yang difikirkan paling efektif.

1d66a670e3f511e9be41752f61e374fd
Dalam gambar ini kita dapat melihat dengan jelas beberapa lapisan umur yang datang ke stadium Omiya Ardija.

Perkara pertama yang mungkin dilakukan adalah mendaftarkan individu tersebut sebagai ahli rasmi kelab penyokong yang rata-rata mempunyai ‘starter kit’ seperti sekeping tiket percuma, jersi, harga barangan rasmi yang lebih murah dan sebagainya sebagai pendekatan.

Setiap kelab memiliki demografik serta ‘behaviour’ penyokong yang tersendiri, jadi ini menjadi tugas diperingkat kelab untuk mengenalpasti apakah yang paling bersesuaian, efektif dan memiliki magnitud impak yang kuat kepada penyokong mereka sendiri.

Tiket Bermusim Penuh Atau Separa Musim

Selepas kira-kira hampir setengah musim ‘memerhatikan gerak-geri’ dan bertambahnya bilangan seseorang individu tersebut hadir ke stadium, kelab memulakan langkah seterusnya untuk menawarkan tiket separa musim. Biasanya mereka tidak keberatan kerana banyak penjimatan berbanding membeli mengikut perlawanan.

m43407341930_1

Tahun berikutnya, dari perspektif kelab adalah lebih mudah untuk menjual pas bermusim. Mereka akan menggunakan email atau menghantar terus melalui pos – 2 pendekatan yang  Jepun gunakan, mungkin berbeza sedikit dengan Malaysia.

Di pihak liga mereka mempunyai tugas yang tersendiri manakala diperingkat kelab juga memiliki tanggungjawab penting untuk mengekalkan serta menambah bilangan pembeli tiket untuk kelangsungan sokongan kepada kelab bola sepak itu sendiri.

Beginilah piramid yang dicipta oleh J.League Digital Ltd., untuk mereka membantu liga dan juga kelab dalam industri bola sepak profesional Jepun khasnya.

Model ‘Dynamic Pricing‘ Dan ‘Flexi Pricing‘ Diperkenalkan, Yokohama F Marinos Sebagai Pelopor

Setiap pegawai yang ditugaskan mengawalselia urusan tiket diperingkat kelab akan dikumpulkan sekurang-kurangnya sekali setahun dan perbincangan diadakan bagi mengenalpasti permasalahan atau solusi yang mampu membantu diantara satu sama lain.

Sebagai contoh, Yokohama F Marinos pada Julai tahun lalu memperkenalkan tiket dengan model ‘dynamic pricing’, telah berkongsi dengan semua kelab lain berkenaan perkara itu dan berjaya menarik minat beberapa kelab utama lain untuk menggunakan model itu pada musim 2019.

c78c9e76-efee-832d-6103-8b13c06ff401

Ketika ini kurang lebih 10 buah kelab sedang menggunakan model itu dan 7 daripadanya menggunakan kepakaran dari syarikat Dynamic Plus Ltd. yang menggunakan algoritma penjualan tiket dari Amerika Syarikat kepada data yang mereka kumpulkan sebelum ini untuk mencari penyelesaian.

Selain itu, ada juga kelab yang menggunakan sistem dari Rakuten Tickets seperti Vissel Kobe serta Montedio Yamagata yang mempunyai harga tiket mengikut Tier yang lebih dikenali sebagai ‘Flexi Price System‘. Sedikit demi sedikit kelab bola sepak mula sedar dan faham mengenai perkara ini seterusnya mampu memacu pendapatan kelab mengikut data yang lebih tepat.

Screenshot 2019-10-01 at 7.10.31 PM

Selain itu, pihak J.League juga sedang melakukan ujian mengkaji mekanisma penjualan semula tiket bermusim yang pemegangnya mungkin tidak dapat menghadiri sesebuah perlawanan dibenarkan menjual semual atau menukarkan kepada mata ganjaran.

Menurut sebuah artikel dari RealSports Japan, JLeague sudah mula melakukan ujian sejak bulan Ogos dengan beberapa buah kelab dan akan dibuka kepada semua secara keseluruhan pada musim 2020.

FC Tokyo dan Cerezo Osaka sebagai contoh, menggunakan sistem StubHub yang membolehkan pemegang pas bermusim menjual tempat duduk mereka sekiranya tidak dapat hadir ke stadium.

0000015925_2

Para pembeli tiket pula pastinya mahu mendapatkan tiket dengan harga paling murah namun demi untuk memastikan semua aspek operasi dan pengurusan kelab lebih baik harga yang dikenakan tidak boleh sama dengan 10 atau 20 tahun yang lalu.

Pihak kelab juga faham perspektif pembeli atau penyokong, tetapi jika perkara itu mampu melonjakkan pendapatan kelab, mampu membawa pemain berkualiti, serta menaik taraf stadium, ramai penyokong akan memberikan sokongan padu seterusnya meningkatkan nilai kelab, selain populariti yang akan menguntungkan semua pihak.

Mungkin mentaliti akan mengambil masa untuk difahami oleh majoriti penyokong, namun jika tidak dimulakan pasti tiada sebarang hasil kepada bola sepak umumnya.

Bagaimana pula dengan kita di Malaysia?

Artikel lain berkaitan dengan bola sepak Jepun dibawakan khas untuk anda.

Strategi Ampuh 3 Syarikat Jepun Ini Menggunakan Bola Sepak Sebagai Pemangkin Perniagaan Mereka

Tetsuya Murayama Dedahkan Perbezaan Ketara Bola Sepak Thailand Dan Jepun

Vissel Kobe Catat Perolehan RM370 Juta, Muncul Sebagai Kelab Bola Sepak Paling Menguntungkan Di Jepun

Kelab Liga Divisyen 3 Jepun Ini Catat Keuntungan RM423,211.90 Pada Tahun 2018