Pemain skuad kebangsaan Vietnam, Nguyen Trong Hoang melelong pingat emas Sukan SEA 2019 yang dimenanginya bagi membantu tabung COVID-19 negara itu.

Menurut Trong Hoang, beliau terkesan dengan keadaan semasa pandemik COVID-19 di negaranya dan mengambil inisiatif bagi memberi bantuan golongan yang terkesan.

“Semasa kuarantin, saya mengikuti rapat perkembangan COVID-19 di negara saya dan apabila saya melihat bilangan kes meningkat setiap hari, ia membuat saya risau.

Vietnam
Sumber Gambar: Bongda Plus

“Saya mahu melelong pingat ini bagi mengumpulkan dana. Ini sama seperti semangat kami semua ketika memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 lalu,” kata Trong Hoang.

Pemain berusia 32 tahun itu menjadi sebahagian daripada skuad Sukan SEA Vietnam sebagai salah seorang pemain yang mengisi kuota pemain lebih umur.

“Apabila saya menerima pingat ini, sukar untuk menggambarkan perasaan saya. Saya amat bertuah. Saya fikir saya tidak akan dapat beraksi dalam temasya Sukan SEA lagi,”

“Bagi saya, nilai sebenar dalam kehidupan ialah perkara baik yang saya boleh berikan, bukan perkara yang saya terima. Oleh itu, saya sentiasa bersedia untuk berbuat sesuatu yang boleh membantu komuniti,” tambahnya.

Vietnam memenangi pingat emas apabila menewaskan Indonesia dengan keputusan 3-0 pada perlawanan akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Perak Rehatkan Chong Yee Fatt, Shahril Nizam Khalil Diberi Tanggungjawab Kendalikan Pasukan

Dickson Nwakaeme Umum Persaraan Daripada Sukan Bola Sepak

Dick Advocaat Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Iraq