Bek kiri skuad kebangsaan Vietnam, Doan Van Hau dilaporkan oleh sebuah media bola sepak negara itu menerima gaji ke-4 paling tinggi di kelab SC Heerenveen yang beraksi dalam saingan Eredivisie.

Beliau yang baru sahaja berlepas ke Belanda 2 hari lalu selepas menyelesaikan segala urusan dokumentasi berkaitan visa, akan menerima gaji sekitar €4,523 seminggu (RM21,000 seminggu atau sekitar RM84,000 sebulan) dari SC Heerenveen.

Selain itu Doan Van Hau juga turut disediakan kemudahan tempat tinggal dan juga kenderaan.

doan van hau

Gaji tahunan yang diterima oleh Doan Van Hau itu merupakan gaji pemain ke-4 paling tinggi dibayar oleh kelab Eredivisie selepas;

  • Ricardo Van Rhijn (Pertahanan): €300,000 setahun
  • Daniel Hoegh (Pertahanan): €296,000 setahun
  • Nemanja Mihajlovic (Penyerang): €260,000 setahun

Impak awal yang diterima oleh kelab itu selepas pengumuman rasmi Doan Van Hau adalah bilangan pengikut media sosial terutama Facebook yang bertambah lebih 337% dari sekitar 77,000 pengikut kepada 336,855 pengikut sekarang.

Mungkin perkara ini akan turut berlaku sekiranya ada pemain Malaysia yang beraksi dengan sebuah kelab di eropah suatu hari nanti.

Baca artikel lain mengenai bola sepak Asia yang mungkin anda terlepas pandang.

Philippe Troussier Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Skuad Bawah 18 Tahun Vietnam

AFC MA Ranking: Vietnam Pintas Kedudukan Malaysia Di Kedudukan Ke-7 Asia Timur

Pemain Vietnam Ini Tampil Melakukan Debut Dalam Saingan Liga Divisyen 1 Belgium