Seorang pemain tengah skuad Vietnam, Phan Van Duc mendedahkan 2 punca utama mengapa 6 rakan sepasukannya dalam pasukan itu mengalami kecederaan ACL selepas kembali sebagai naib juara kejohanan AFC U23 2018 di China.

Selepas kejayaan hebat itu, mereka telah berjaya mendakap beberapa lagi kejuaraan bersama skuad kebangsaan Vietnam dalam tempoh 2 tahun terkini tetapi kecederaan ligaman yang serius dialami oleh pemain-pemain utama skuad itu menyebabkan mereka terpaksa diketepikan dalam tempoh yang lama.

6 pemain kurang bernasib baik apabila mengalami kecederaan ligamen yang serius dibahagian lutut dan buku lali itu adalah Vu Van Thanh, Pham Xuan Manh, Tran Dinh Trong, Phan Van Duc, Luong Xuan Truong dan terkini adalah Do Duy Manh.

XuanTruong-6721-1569981954

Berdasarkan tahap kecederaan yang pernah dialami oleh mereka ini Phan Van Duc mengatakan bahawa mereka perlu menjalani pembedahan dan tersisih sekitar 9 hingga 12 bulan untuk mereka kembali berada pada tahap terbaik.

Phan Van Duc dalam satu kenyataan kepada sebuah laman web BongdaPlus mendedahkan bahawa keadaan padang yang teruk serta beraksi dalam terlalu banyak perlawanan adalah punca utama.

“Saya rasa berpunca dari padang yang buruk dan ‘overuse’. Kami bermain banyak perlawanan dan keletihan. Namun kelab tidak mengendahkannya untuk mengejar pencapaian disebabkan harapan tinggi dari penyokong.

photo1527124008312-1527124008312198799218

“Seperti saya, lebih ramai penyokong yang hadir ke stadium, pemain aku teruja dan mahu mempamerkan aksi terbaik. Tetapi selepas mengalami kecederaan saya perlu lebih memikirkan mengenai keadaan diri dan mengelak perlanggaran yang tidak perlu.

Phan Van Duc sebelum ini mengalami kecederaan putus ligamen buku lali ketika menjalani latihan sebelum bertemu pasukan HAGL. Beliau telah diterbangkan ke Singapura untuk menjalani pembedahan sebelum kembali  mengikuti proses pemulihan di Vietnam.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak ASEAN yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Nguyen Quang Hai Telah Beraksi Dalam 125 Perlawanan Dalam Tempoh 2 Tahun, Catat Lebih 10,000 Minit Masa Bermain

Prestasi Dang Van Lam Makin ‘Sendu’, Vietnam Dalam Proses Naturalisasi Bekas Penjaga Gol Sparta Prague

Buriram United Sanggup Bayar RM1.2 Juta Bawa Penjaga Gol U23 Vietnam, Miliki Ketinggian 1.86 Meter

Sumber