Nama Kelvin Bui sememangnya berada dalam radar ketua jurulatih Vietnam – Park Hang-seo untuk ‘dibawa’ pulang menyertai skuad kebangsaan Vietnam tidak lama lagi.

Bekas pemain skuad Belanda U17 itu yang beraksi diposisi bek kanan dilihat sebagai pemain masa depan skuad kebangsaan selepas Park Hang-seo meletakkan beliau sebagai salah seorang pemain kacukan Vietnam yang menepati perancangannya.

Terkini, Kelvin Bui merupakan salah seorang anggota skuad Vitesse Arnhem U19 selepas berjaya mempamerkan aksi yang baik bersama skuad bawah 17 tahun di Belanda.

Saksikan video sedutan aksi Kelvin Bui bersama Vitesse Arnhem.

Dilahirkan pada 24 Febuari 2002, Kelvin Bui ini tidak memiliki saiz fizikal yang ‘kasar’ dengan ketinggian hanya 1.66 meter, namun beliau dilihat memiliki kepantasan untuk mengucar-kacirkan barisan pertahanan lawan dengan larian disebelah kanan.

Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh media Vietnam, Kevin Bui mula merasa lebih teruja untuk menyarung jersi skuad kebangsaan Vietnam selepas kehadiran Doan Van Hau yang kini beraksi secara pinjaman bersama SC Heerenveen.

Situasi di Vietnam kini sudah mula ‘tegang’ apabila ramai yang mempersoalkan mengapa skuad kebangsaan Vietnam tidak menggunakan pemain kacukan lebih ramai selepas menyaksikan beberapa negara di ASEAN khususnya Thailand, Filipina, Malaysia dan Indonesia mengambil pendekatan sebegitu.

unnamed

Mereka mulai bimbang sekiranya skuad Vietnam akan menjadi tidak kompetitif berdepan pasukan-pasukan lain tetapi prinsip yang diamalkan oleh Park Hang-seo tidak akan mengambil mana-mana pemain kacukan jika tidak menepati standard yang beliau mahukan.

Ketika ini penjaga gol mereka Dang Van Lam merupakan pemain kacukan tunggal dalam skuad Vietnam dan beberapa nama lain juga turut ‘timbul’ seperti Filip Nguyen (Sparta Prague) untuk kembali bersama skuad Golden Dragon itu.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Ramalan Arsene Wenger Kini Menjadi Kenyataan, Nguyen Tuan Anh Pemain Paling Berbakat Di Mata ‘Le Professeur’

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Kontroversi Felda United Mahu Beli Saham Kelab Glasgow Rangers Yang Tidak Ramai Tahu Mengenainya