Pemain yang dilaporkan menjadi pemain bola sepak paling kaya di dunia, Faiq Bolkiah kini berstatus ejen bebas setelah meninggalkan kelab Portugal, C.S. Marítimo ekoran jarang mendapat minit permainan bersama pasukan itu.

Faiq meninggalkan Maritimo tanpa beraksi walau seminit bersama skuad senior dan beliau hanya dua kali beraksi bersama pasukan B dimana kali pertama ialah pada aksi menentang Gondomar April lalu yang menyaksikan Maritimo memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1.

“Kami telah mencapai persetujuan dengan Faiq Bolkiah untuk menamatkan kontrak beliau. Kami mengucapkan terima kasih di atas dedikasi serta kerja keras yang telah dilakukan untuk kelab kami. Pihak kelab mengucapkan maju jaya kepada Faiq,” memetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab.

Pemain berusia 23 tahun itu berhijrah ke Portugal setelah dilepaskan oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City dimana beliau juga tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama.

Sebelum ini, Faiq pernah beraksi bersama beberapa akademi ternama di Eropah seperti Southampton, Chelsea dan Leicester City namun gagal untuk mendapatkan minit bermain bersama skuad utama.

Meskipun tidak terlalu berjaya di bidang bola sepak, namun itu semua tidak menghalang Faiq untuk mendapat perhatian peminat bola sepak dunia ekoran nilai kekayaan yang dimiliki pemain itu.

Faiq merupakan anak saudara kepada Sulta Brunei, Hassanal Bolkiah dan dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak £13 Billion atau RM73 Billion sekaligus menjadikan beliau sebagai pemain terkaya mengatasi pemain bintang dunia lain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar.

Belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Faiq setelah beliau meninggalkan Maritimo sama ada terus beraksi sebagai pemain bola sepak atau bersara.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Eropah di sini:

EPL: Branthwaite Ikat Chelsea Di Stamford Bridge

Sumpahan Lilitan Kapten Arsenal Sejak Era Wenger

FIFA Bakal Wartakan Peraturan Caj Ejen Hanya 6% Sahaja