Jumaat lepas, skuad Melaka United mencipta kejutan apabila menewaskan Terengganu FC, 1-0 di Stadium Hang Jebat Paya Rumput.

Kemenangan mengatasi lawan yang berada di tangga kedua liga itu membolehkan pasukan kendalian Zainal Abidin Hassan itu mengumpul sembilan mata sekaligus menjauhi zon bahaya penyingkiran ke Liga Perdana musim depan.

Bagaimanapun, jaringan kemenangan Melaka menerusi rembatan Uche Agba pada minit ke 61 menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan yang mendakwa pemain pertahanan Terengganu FC terlebih dahulu ditarik oleh Sony Norde dan sepatutnya ‘foul’.

Vocket FC berjaya mendapatkan pandangan bekas pengadil berpengalaman yang pernah mengendalikan perlawanan di peringkat antarabangsa mengenai mutu pengadilan pada perlawanan itu.

Menurutnya, berdasarkan rakaman video tersebut, pengadil sepatutnya berhentikan perlawanan kerana jelas terdapat insiden pegang-pegang dan tarik-menarik di antara dua pemain tersebut.

“Pada pandangan saya jelas terdapat insiden holding an opponent, sekalipun kualiti klip video kurang jelas tetapi memadai untuk kita dapat melihat impak daripada perbuatan pemain Melaka (jersi 31) yang memegang/menarik pemain Terengganu (Jersi 33).

“Pengadil sepatutnya memberhentikan permainan untuk kesalahan seperti ini,” katanya.

Dua Pengadil
(Photo by Etsuo Hara/Getty Images)

Namun begitu, beliau juga turut mengambil kira pandangan pengadil yang mungkin berada di kedudukan yang tidak jelas dan gagal membaca pergerakan permainan.

“Kemungkinan yang berlaku adalah posisi pengadil yang tidak jelas apabila lewat untuk melakukan pergerakan (reading the game> anticipation).

“Pada kebanyakan masa, kita selalu memberikan nasihat kepada pengadil untuk bijak membaca pergerakan permainan, reading the game, read the characteristic player and team, dynamic, anticipation..

“Sekalipun begitu untuk situasi begini adalah sangat mudah untuk seseorang pengadil memberhentikan permainan sekalipun posisinya agak jauh dari tempat kejadian kerana ianya bukanlah perbuatan yang perlu terlalu detail seperti reckless dan serious foul play yang memerlukan hukuman dengan (kad kuning atau merah).

“Berdasarkan kepada pengalaman adalah sangat mustahil untuk seseorang pemain pertahanan yang ‘alone’ perlu menjatuhkan badannya tanpa sebarang sebab melainkan beliau telah berlaku situasi unfair challenge dari lawannya,” jelasnya.

Foulsandmisconduct.svg

Sementara itu, pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain mengakui anak buahnya melakukan kesilapan mudah sehingga memberi peluang kepada pemain lawan untuk menghukum pasukannya.

“Saya pun dah beritahu pemain saya, siapa buat mistake, kena punish, dan kita buat kesilapan besar dan kita dihukum.

“Itu lah bola sepak, tetapi pemain sudah berikan yang terbaik, bagi saya formative tiada masalah, cuma kita ada peluang kita tak guna, kita buat simple mistake, bagi gol pada pihak lawan, itu aje,” katanya dalam temu bual selepas perlawanan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia melalui pautan dibawah.

Gol Safawi Rasid Mara Ke Peringkat Akhir Bagi Anugerah “Best ACL Goal of the Decade”

Perlawanan Melibatkan Pasukan JDT Tarik Jumlah Tontonan Paling Tinggi Di Laman Youtube

Danial Asri, Penyerang Muda Meningkat Naik Selangor 2