Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) nampaknya berjaya mendapatkan pemain tengah berkualiti pada jendela perpindah kedua Liga Malaysia apabila mengumumkan kemasukan bekas pemain kebangsaan Thailand, Sanrawat Dechmitr.

Menurut kenyataan rasmi, Sanrawat menyertai pasukan itu secara pinjaman dari Bangkok United FC untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia musim 2022. Sebelum ini, pemain yang dikenali sebagai Camp ini dipinjamkan ke Ratchaburi Mitr Pol.

“Kehadiran Sanrawat bagi memperkuatkan bahagian tengah pasukan KDA FC dan akan mengisi slot Asean menggantikan Dennis Buschening yang masih dalam pemulihan kecederaan.

“Kehadiran beliau bakal diuji seawal malam ini (aksi persahabatan menentang Perak) dan akan turut menjadi tonggak saingan Piala AFC hujung bulan ini.

“Pengalaman Sanrawat sebagai pemain kebangsaan Thailand dan antara pemain senior di Bangkok United FC pasti menjadi tumpuan, antaranya karakter dan fizikal yang cukup dikenali bagi menggerunkan lawan,” kata kenyataan rasmi kelab.

Pemain yang berusia 32 tahun ini mempunyai 29 kaps bersama skuad kebangsaan Thailand dan pernah beraksi menentang Malaysia ketika saingan Piala AFF Suzuki.

Beliau juga pernah menimbulkan kontroversi apabila menumbuk pengadil dalam saingan Liga Thai sehingga digantung 8 perlawanan. Menarik untuk disaksikan bagaimana beliau menghadapi kualiti pengadilan Liga Malaysia yang sentiasa menguji kesabaran setiap pemain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.

MFL Lancar Bola Sepak Fantasi Rasmi Pertama Liga Malaysia

Steven Rodriguez Tak Sabar Sarung Jersi Sri Pahang

Nik Sharif Haseefy Sertai Terengganu Secara Pinjaman Selama 6 Bulan

Zainal Abidin Kembali Semula Sebagai Ketua Jurulatih Penang

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group