Selangor meneruskan pemburuan mereka dalam mendapatkan pemain import baharu menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan apabila pemain tengah dari Switzerland sedang dikaitkan dengan kelab dari Lembah Klang itu.

Pemain yang dimaksudkan ialah Oliver Buff, pemain tengah berusia 28 tahun yang pernah beraksi di negara Eropah seperti Switzerland, Sepanyol dan Cyprus serta pernah beraksi bersama pasukan bawah umur Switzerland dan juga skuad Olimpik negara tersebut.

Oliver Buff

Sumber Gambar: FCZ

Buff ketika ini bergelar ejen bebas setelah beliau dilepaskan oleh Grasshopper Club Zürich selepas kelab itu gagal untuk mara ke saingan Swiss Super League musim ini. Grasshopper menduduki tangga ketiga saingan Swiss Challenge League musim 2019/2020 sekaligus menyebabkan mereka terlepas peluang mara ke divisyen utama.

Sejak memulakan karier profesional pada 2009, Oliver Buff telah beraksi bersama FC Zürich selama sembilan musim sehingga 2017. Buff kemudiannya menyertai kelab Sepanyol Real Zaragoza dan beraksi bersama pasukan tersebut sehingga pertengahan musim 2019.

Buff kemudiannya berhijrah ke Cyprus dengan menyertai Anorthosis Famagusta namun beliau tidak bertahan lama bersama Anorthosis sebelum pulang ke Switzerland dengan menyertai Grasshopper.

Oliver Buff

Sumber Gambar: Grasshopper

Setakat ini, Selangor telah menandatangani dua pemain baharu iaitu Shahrel Fikri Fauzi dan pemain pertahanan import dari Jerman, Tim Heubach bagi mengharungi musim 2021.

Pengurusan pasukan hanya mengekalkan dua pemain import dari skuad musim lalu iaitu Safuwan Baharudin dan penjaring terbanyak Liga Super musim 2020, Ifedayo Olesegun.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

B.Satianathan Dilantik Sebagai Pengarah Teknikal Sarawak United

LTK: “Pemain Perlukan Masa Dan Bermain Dalam Liga Yang Sesuai, Bukan Liga Premier. Ini Membunuh!”

Taylor Regan Kekal Di Liga Malaysia, Bakal Sertai Sarawak United

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group