Penyerang skuad Myanmar dalam saingan Sukan SEA 2019, Myat Kaung Khant sah akan menyertai sebuah kelab yang beraksi dalam saingan Thai League 2 musim 2020 nanti.

Pemain yang selesa diposisi attacking midfielder berusia 19 tahun yang sebelum ini merupakan pemain kelab Yadanarbon itu berjaya memikat barisan kejurulatihan skuad Chainat Hornbill FC selepas berjaya membantu Myanmar memenangi pingat gangsa acara dwi tahunan itu yang diadakan di Filipina.

138582474_15746862152821n
Myat Kaung Khant ketika beradu dengan Adam Nor Azlin dalam perlawanan di Sukan SEA 2019.

Pemain ini juga difahamkan sudah membuat penampilan bersama skuad kebangsaan Myanmar sebanyak 2 kali pada tahun 2018 dan telah menjaringkan 1 gol ketika Myanmar tewas 1-4 kepada Bahrain dalam perlawanan persahabatan.

Myat Kaung Khant mula beraksi secara profesional ketika berusia 18 tahun dan selepas 2 musim bersama Yadanarbon FC beliau telah berjaya melakukan 32 penampilan dan menjaringkan 12 gol untuk pasukan tersebut.

Screenshot 2019-12-24 at 1.31.31 PM

Musim 2019 ini, beliau telah menjaringkan 4 gol dan melakukan 6 assist kepada rakan sepasukan untuk membantu Yadanarbon FC menamatkan saingan liga Myanmar National League 2019 dikedudukan ke-4 keseluruhan.

Selain itu, beliau juga dikatakan salah seorang prospek penting bola sepak skuad kebangsaan Myanmar selain penyerang utama Aung Kaung Mann yang menolak lamaran Perak FA untuk beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia 2020.

Artikel berkaitan dengan bola sepak Thailand dibawah telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Dominic Tan Sah Bakal Beraksi Dalam Saingan Thai League 1, Ikat Kontrak 2 Tahun Bersama Police Tero FC

‘Reserve Team’ Thai League Digantung Penyertaan Jika Gagal Berada Dalam ‘Top Half’ Liga Yang Mereka Sertai

Top 5 Kelab Thai League 2 Catat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.