Bekas pemain Manchester United, Marouane Fellaini telah disahkan positif COVID-19 dan kini sedang menjalani kuarantin serta diberikan rawatan perubatan di Hospital Jinan, China.

Beliau yang kini bermain untuk pasukan Shandong Luneng merupakan pemain kelab Liga Super China pertama dijangkiti wabak tersebut setakat ini.

Menurut sumber daripada akhbar China, Fellaini dijangkiti COVID-19 ketika melakukan ujian saringan dengan jabatan kesihatan tempatan selepas tiba dengan menaiki kereta api pada hari jumaat lepas.

Walaupun kes COVID-19 di negara tersebut mencatat penurunan yang mendadak, Liga Super China masih belum berlangsung sehingga kini selepas ditangguhkan pada bulan lepas.

Sepanjang bersama Shandong Luneng, Fellaini telah melakukan 30 penampilan dan menjaringkan 12 gol. Malah, beliau sempat diturunkan dalam perlawanan menentang wakil dari Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan AFC Champions League pada musim lepas.

Selain Liga Super China, wabak COVID-19 turut menjejaskan perjalanan  J-League, K-League, Thai League dan juga Liga Malaysia sendiri. Saingan kelayakan Piala Dunia 2022 turut menerima tempiasnya dan telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Baca artikel lain berkaitan dengan penularan wabak coronavirus sehingga menjejaskan aktiviti bola sepak. 

Liga Malaysia Mungkin Ditangguhkan Sehingga Bulan Jun Jika Kes COVID-19 Bertambah

Pemain Bola Sepak Vietnam Mula Salurkan Derma Untuk Membantu Memerangi Wabak COVID-19

JLeague Capai Persetujuan Semua Kelab Untuk Laksanakan Tiada ‘Relegation’ Saingan Liga Musim 2020