Kelab Bola Sepak Terengganu (TFC) hari ini mengumumkan pemain import baharu iaitu Petrus Shitembi bagi memperkuatkan jentera tengah untuk saingan Liga Malaysia dan Piala AFC pada musim depan.

Shitembi yang beraksi dengan pasukan Sabah pada musim 2020 dijangka akan menggantikan tempat Lee Tuck yang tidak disambung kontrak. Berdasarkan laman web transfermarkt, beliau mempunyai rekod 630 minit perlawanan dan 7 penampilan bersama pasukan Sabah.

Pemain yang berusia 27 tahun itu juga mempunyai 67 kaps bersama skuad kebangsaan Namibia dan pernah mewakili negaranya dalam Kejohanan Piala Afrika tahun 2019.

Bekas pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto sebelum ini menyifatkan Shitembi mempunyai kualiti sebagai seorang pemain tengah dan mampu membantu menajamkan jentera serangan pasukannya.

Terengganu FC adalah pasukan Asia yang kedua Shitembi selepas beliau menyertai beberapa kelab di Afrika sejak tahun 2010.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kuala Lumpur Lanjutkan Kontrak Paulo Josue, Dapatkan Khidmat Romel Morales

Kerteh Sports City Sdn Bhd Ditubuhkan Untuk Mengurus Kemudahan Serta Prasarana Sukan Di Kerteh

Masaki Watanabe Sah Perkuatkan Benteng Pertahanan Terengganu FC