Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Penyerang skuad kebangsaan Syria, Omar Khribin digantung seumur hidup oleh Persekutuan Bola Sepak Syria (FASF) setelah bergaduh dengan ketua jurulatih, Nabil Maaloul.

Khribin dan Nabil terlibat konflik ketika kem latihan pusat yang diadakan pada pertengahan bulan ini dimana Khribin disingkirkan daripada pasukan kebangsaan setelah beliau menggangu tugas Nabil dengan cuba untuk masuk campur dalam urusan teknikal yang akan diterapkan dalam pasukan.

Omar Khribin

Sumber Gambar: Teller Report

Berang dengan tindakan tidak profesional Omar, Nabil kemudiannya mengambil keputusan untuk menghalau penyerang kelab Arab Saudi, Al Hilal itu keluar daripada skuad kebangsaan bagi memastikan beliau tidak mengganggu persiapan pasukan.

Setelah insiden tersebut berlaku, FASF melakukan siasatan lanjut dan mereka akhirnya memutuskan untuk menggantung Omar seumur hidup, sekaligus tidak membenarkan pemain berusia 27 tahun itu untuk menyarung jersi pasukan negara pada masa akan datang.

Di atas padang, Omar Khribin merupakan salah satu penyerang terbaik di Asia dimana beliau pernah memenangi beberapa kejuaraan seperti AFC Champions League (ACL) pada 2019 dan Saudi Professional League sebanyak tiga kali (2016–17, 2017–18, 2019–2020).

Selain itu, Omar turut muncul sebagai penjaring terbanyak saingan ACL pada 2017 selain dipilih sebagai pemain terbaik Asia pada tahun yang sama.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:

Jurulatih Bali United Tak Tahu Pemainnya Diburu Oleh Kelab Liga Malaysia

ACL 2020: Jaringan Ketiga Andres Iniesta Bantu Vissel Kobe Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Shakir Hamzah Semakin Hampir Sertai Pasukan Perak

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group